Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 19)

Saturday, April 2, 2011

Jika dikatakan bernasib baik maka tiadalah apa-apa yang berlaku pada si perempuan itu kerana keretanya pancit pula semasa dalam perjalanan menuju ke bengkel itu. Jikalau tidak, sudah semestinya perempuan bernama Roy kena ganyang dengan Rashid. Wajah Rashid masih merah padam. Sekali lagi keretanya benar-benar buat hal. Hatinya panas. Gunung berapi bakal meledak dan mengalirkan lava membara bahangnya.
“Kau memang biadap!” omel Rashid sendiri sambil menggantikan tayar keretanya di bahu jalan. Marah benar dia pada si perempuan lasak itu. Memang menguji tahap kesabarannya yang sedia tipis itu.
Amarah Rashid tiada perisainya. Sekali meletup habislah bengkel itu nanti. Sama ada Roy dibuang kerja atau pun hidungnya menjadi senget pasti akan menjadi kenyataan namun takdir untuk si perempuan lasak itu adalah selamat maka keadaan berjaya diubah dengan insiden tayar pancit pula.
Rashid membebel sendiri menahan marahnya. Tayar kereta dihempuk-hempuk dengan spanar. Hati siapa tidak panas melihat kesan calar pada keretanya tapi salah siapa? Siapa yang mulakan dulu? Rashid yang salah kerana dia yang biadap. Mengapa harus salahkan orang lain? Ukurlah baju di badan sendiri dan tiada siapa yang baling batu sembunyi tangan melainkan dirinya ketika ini. Biarpun amarahnya ketika ini bagaikan harimau dikejutkan dari lenanya maka dia terpaksa akur mangsa yang dicari tidak kesampaian.
“Kereta rosak ya bang?” tiba-tiba muncul suara yang datangnya dari arah belakang. Seseorang sedang duduk di atas skuter. Wajah penunggang motosikal memang pernah dilihat oleh Rashid pada pagi tadi.
Rashid terus bangun berdiri di hadapan perempuan itu. Roy muncul di situ seakan menempah maut. Radang Rashid memang memuncak namun entah kenapa hati Rashid menjadi kecut sahaja kerana Roy berwajah tenang.
“Kerana tak rosak!” bentak Rashid.
“Nak saya tolong ke?”
“Apa kau kisah?” Rashid sedang marah.
“Kisah juga kerana ia melibatkan skop kerja saya,” berbudi bahasa pula Roy ketika ini. Bersopan sekali tutur kata perempuan lasak berbaju bengkel itu.
“Aku tak hantar kereta di bengkel kau pun,”
“Saya cakap elok-elok ni bang, jangan buat pasal,” balas Roy yang  terus turun dari skuter selepas ditongkat.
Rashid tidak berani mengapa-apakan Roy ketika ini kerana terdapat banyak pula skuter yang muncul di situ. Barangkali mereka adalah kawan-kawan Roy.
Rashid terus diam.
Geng! Kalau kau orang nak tahu, mamat kaya ini lah yang calarkan motor aku beb,” Roy bersuara lantang.
“Berani lu khianat motor kawan gua hah? Lu nampak ni?” seorang perempuan lasak yang lain mendekati Rashid lalu menggenggam kolar baju Rashid lantas penumpuk diangkat betul-betul di hadapan muka Rashid yang tidak cuak langsung.
“Sabar beb sabar, kalau kita belasah mamat ni dekat sini memang tak bestlah. Apa kata kita ikat kaki dan tangan dia lepas tu kita bawa dia jauh dari sini dan belah perut dia, ada baik?” gertak Roy.
“Cantik...”
“Apa yang kau tak puas hati lagi?” tanya Rashid sambil menepis tangan perempuan yang memegang kolar bajunya. Mencerlung mata perempuan itu yang lagaknya seperti lelaki saja.
“Memang aku tak puas hati dengan kau ni mamat sengal! Kau datang tempat kerja aku lepas tu kau biadap dengan aku cakap tak boleh sopan langsung. Aku tahulah aku ni mekanik tapi jangan pandang rendah pekerjaan aku,”
“Bila aku pandang rendah?”
“Cara kau layan akulah!”
“Dah kau memang rendah! Tinggi pun berapa sentimeterlah sangat!” sindir Rashid.
Lu hina kawan gua ke?” kawan Roy mengenggam kolar baju Rashid kembali namun sekali lagi Rashid menepisnya. Kawan Roy sudah mengemam geram.
“Bila masa aku hina? Bukan ke dia hina diri dia sendiri tadi? Kau tak dengar ke apa dia cakap? Dia kata aku pandang rendah? Hanya orang yang berasa dipandang rendah sahaja akan menghina dirinya sendiri lalu datang buat hal dekat sini pula,” Rashid membela dirinya sendiri kerana tiada sesiapa pun yang dapat mempertahankan dirinya ketika ini.
“Aku tak kira! Sekarang aku nak tuntut ganti rugi! Bayar!” pinta Roy dengan kasar sambil menghulurkan tangan meminta wang.
“Ganti rugi apa?”
“Kau calarkan skuter aku!”
“Kau ada bukti ke?”
Serta-merta beberapa keping foto dihempas di atas bonet hadapan kereta Rashid itu. Rashid terus menoleh dan mendapati dirinya berada di dalam gambar itu. Rashid tidak dapat menafikannya kerana sudah terang-terang itu adalah wajahnya.
“Aku tak nak bayar!” Rashid bertegas.
“Lu nak kami buat report polis ke yang lu telah khianat motor kawan gua ni dekat tempat kerjanya?”
“Yang kau ni budak gemuk nak sibuk-sibuk kenapa? Ini antara aku dengan dia tak perlulah kau nak gertak-gertak aku dengan penumbuk lembik kau tu!” tempelak Rashid membuatkan perempuan itu terus melayangkan penumbuk ke arah muka Rashid.
“Sakitlah!!” tidak semena-mena perempuan itu mengadu kesakitan  kerana tangan yang menghayunkan penumbuk itu tadi telah dikunci rapat oleh Rashid yang sempat mengelak.
“Woi! Lepaskan kawan aku lah! Geng! Cepat tolong!” Roy memanggil tiga orang lagi rakan membantu lantas mereka berlima terus menghentam Rashid bertubi-tubi. Pelbagai senjata digunakan termasuklah topi keledar dan spanar yang ada di situ.
Rashid berjaya menepis semua tumbukan dan sepakan mereka namun Rashid masih belum berpeluang melepaskan satu pun tumbukan ke arah mereka.
“Hei!!” muncul satu suara menengking mereka. Seorang perempuan yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan terus meluru pantas ke tempat pergaduhan itu.
Sebaik sahaja mendengarnya, Roy dan kawan-kawan terus beredar dengan skuter masing-masing.
“Abang tak apa-apa ke?”
“Abang tak apa-apa Baby,”
“Siapa mereka tu?”
“Lupakan saja,” balas Rashid yang tidak menduga Baby akan muncul di situ menyelamatkan keadaan biarpun dirinya tidak tercedera. Tidak sia-sia dia mempelajari tea kwan do tidak lama dulu.
Rashid buat selamba dan terus menyambung kerja menukar tayar kereta. Dia tidak mahu mengulas panjang mengenai tragedi itu tetapi rasa tidak puas hati kerana dalam tidak sedar rupanya gerak-gerinya dirakam. Memandangkan sudut gambar itu daripada pandangan atas maka secara kasarnya bengkel itu memasang CCTV. Rashid langsung tidak menduganya.
“Betul ke abang tak apa-apa ni? Saya risaulah,” Baby melahirkan rasa risau.
Saat ini adalah waktu orang yang bekerja pulang ke rumah masing-masing termasuklah Baby yang baru sahaja selesai tugas pada hari ini. Kebetulan lalu di situ terlihat kereta Rashid dan orang yang sedang berkelahi. Maka dengan itu Baby berhenti.
“Ya betul abang tak apa-apa sekarang ni awak kena fikir untuk esok,” ucap Rashid sambil meneruskan kerja menukar tayar itu.
“Semua okey abang...” balas Baby meletakkan punggungnya di birai bonet hadapan kereta Rashid itu. “Eh... gambar apa ni?” tanya Baby selepas terlihat beberapa foto.
Rashid terus bangun dan merampasnya daripada Baby. Dia tidak mahu Baby banyak soal pula. Maka dia cepat-cepat melibat laju gambar-gambar itu lalu memasukkannya ke dalam poket seluar.
“Tak payahlah awak nak ambil tahu,”
“Tapi kenapa? Saya tidak berhak?” tanya Baby pula.
“Bukan macam tu, saya angin saya kurang elok,”
“Jadi... abang hanya fikir perasaan abang sahajalah ya, terima kasih,” nada Baby seakan merajuk.
Baby terus melangkah, Rashid pula serta-merta bangun dan mengejar Baby lalu menyambar tangan Baby. Langkah Baby terhenti lalu menoleh sambil berkerut dahi. Rashid mengeluh halus.
“Jangan macam ni sayang... awak nak merajuk dengan abang ke? Abang sayang awak tahu,”
“Kalau betul sayang kenapa abang nak berahsia dengan saya?”
“Abang tidak mahu awak susah hati,”
“Saya memang sudah lama susah hati,” Baby menyentap tangan yang dipegang oleh Rashid lalu memandang ke kanan sekilas.
“Kenapa pula ni? Jangan buat muka macam tu... abang tak sukalah...” Rashid cuba memujuk.
“Selagi abang tidak ceraikan Zarina selagi itulah saya susah hati kerana saya yakin abang memang tidak sayangkan saya,”
“Baby... abang sayanglah...”
“Jadi? Ceraikan Zarina tu,” arah Baby secara paksa.
Rashid menggaru kepalanya. Dia sudah serba salah. Bagaimana hendak dia khabarkan keputusannya itu? Baby perlu mengerti kerana keadaan sekarang tidak mengizinkan.
“Bukan ke abang dah beritahu? Sebaik sahaja dia lahirkan bayi tu abang akan ceraikan dia dan hidup bersama awak... kita bina hidup baru dan pergi dari sini,”
“Berapa lama lagi abang? Saya sudah tidak tahan lagi merahsiakan perkara ini dari orang tua abang dan orang tua saya,” Baby meluahkan isi hati yang terbuku itu.
Ucapan Baby itu berbentuk paksaan tidak langsung mengendahkan perasaan Rashid namun Rashid terlalu sayangkan Baby maka dia ingin menurut sahaja apa kata Baby. Dia hanya perlu menunggu masa yang sesuai sahaja. Rashid tahu, tidak lama lagi Zarina akan melahirkan bayi itu.
“Tapi...”
“Abang tinggalkan sahaja dia jikalau abang memang betul-betul cintakan saya. Saya tak suka ada madu bang, pleaselah...” pinta Baby.
Rashid terdiam dan melihat sahaja Baby berpaling lalu melangkah ke arah kereta. Rashid mengeluh lagi sarat dengan keresahan. Bagaimana untuk dia membuat pilihan? Kerana dia telah berjanji dengan Baby akan menceraikan Zarina namun kandungan itu menghalangnya dari berbuat sedemikian. Baby pula sudah tidak sabar-sabar lagi.
Merencanakan sesuatu yang sukar untuk dimegertikan oleh orang lain. Rasa ingin terbang tinggi tapi letih sayapnya. Mahu meronta-ronta tidak pula bertenaga. Namun berserah pada keadaan.
Rashid hanya menanti ketika. Mahu mengucapkan segalanya namun kini seakan terlewat. Penyesalan tidak pula dirasakannya. Mengapa ini yang harus terjadi? Terpaksa dan memaksa adalah makanan hidupnya. Rashid mula keliru sendiri. Berhadapan dengan perkara yang mungkin meragut jiwa sendiri namun tidak pernah dia terfikir akan apa yang bakal berlaku setelah dia melakukan sesuatu.
Rashid mencintai Baby dan Baby mahukan dia menceraikan Zarina. Rashid sukar memenuhi permintaan itu. Rashid perlu mempertimbangkannya tetapi Baby seringkali mendesak supaya Rashid melepaskan Zarina. Rashid sayangkan Baby. Rashid juga sayangkan Zarina namun semakin lama kasih sayangnya pada Zarina semakin pudar tiada warna yang ceria dalam hidupnya. Rashid telah menyerahkan cintanya pada Baby. Bagaimana pula dengan Zarina yang lebih memerlukan Rashid berbanding Baby kerana Zarina sarat mengandung itu?
Dulu Rashid pulang kerja Zarina menyambutnya. Rashid sayangkan Zarina kerana terpaksa. Rashid tidak mencintai Zarina kerana Zarina bukanlah orangnya yang patut dia cintai. Zarina tidak faham apa yang dia mahukan. Rashid terpaksa berkahwin dengan Zarina. Selama dua tahun itu Rashid berpura-pura. Hakikatnya Rashid tidak tulus menuai cinta bersama Zarina. Kenapa harus terjadi? Sampai kini Zarina masih menyangka perkahwinan akan membuahkan bahagia. Memang Rashid membahagiakan Zarina namun seketika cuma.
Jarang Rashid membawa Zarina keluar bersiar-siar. Kalau ada pun waktu itu hanya Aidilfitri sahaja dibawa ke taman bunga. Duduk berdua di situ kala senja kemudian pulang. Untuk membeli belah atau menemani Zarina memang jauh panggang dari api. Biasalah Rashid kurang berminat ke pusat membeli belah tetapi kalau ke kelab malam memang menjadi hobinya. Semua itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi.
Orang yang begitu kenal dengan Rashid adalah Fazry Kamal. Memang segala hobi dan apa yang selalu Rashid kerjakan memang diceritakan pada kawannya itu namun ada satu perkara sahaja yang lambat diberitahu kepada Fazry Kamal dan dia merahsiakannya terlalu lama. Memang terlalu lama sekali hingga baru diberitahu kepada kawannya itu di Restoran Mikael Nasi Kandar itupun bersebab. Jika tiada sebab dia tidak akan mengupah Fazry Kamal untuk membantunya.
Ketika di restoran itu memang Fazry Kamal agak terkejut dan kawannya itu seawalnya mempersalahkan dirinya namun kawannya itu menurut juga dan bersetuju membantu dengan hanya diugut dan memberi upah pada Fazry Kamal. Itu sudah memandai bagi dia memancing Fazry Kamal kawan satu kolej dengannya ketika menuntut dulu.
Dia melihat kesan calaran itu terus ingatannya membahang pada perempuan lasak itu. Fikirannya tertumpu pula pada budak perempun itu. Memang masih panas. Semakin membara. Wajah perempuan lasak itu terbayang-bayang dimatanya seakan sedang menyindir dirinya. Perempuan itu sedang menjelir-jelirkan lidah sambil menggoyang pinggul.
“Siap kau! Kalau aku dapat kau lagi selepas ini aku tak akan lepaskan! Memandangkan waktu untuk aku cari kau terbatas sekarang ni maka kau, aku biarkan buat masa ini tetapi tidak selepas aku selesaikan apa yang aku dan Baby rancangkan untuk Zarina,” ucap Rashid sendiri.
Usai itu Rashid beredar dari situ. Barangkali dia ingin bertemu lagi dengan Baby. Ada perkara yang masih berbaki untuk dibincangkan. Tentang Fazry Kamal pula hanya perlu berbual melalui telefon sahaja.
Telefon bimbitnya diambil dari dalam kocek lalu telefon yang dimatikan itu dihidupkan semula. Dia mahu menghubungi Fazry Kamal namun kawannya itu seakan mengetahui hajatnya. Fazry Kamal terlebih dahulu menelefon dirinya sebaik sahaja dia menghidupkan semual telefonnya itu.
“Eh? Dia ni macam tahu-tahu sahaja aku nak telefon,” omel Rashid terkulat-kulat sendiri.
Hello...” Rashid menyapa.
“Rashid! apasal susah sangat nak telefon kau ni? Lain kali kau pakailah dua nombor jika tak nak orang lain ganggu nombor telefon kau yang ni,”
“Yang kau susah sangat ni kenapa?”
“Aku ni prihatin dekat kau jadi aku beritahu sajalah,”
“Itu bukan beritahu, itu menyibuk namanya,” tempelak Rashid.
“Aku tak tolong kan...” Fazry Kamal mengacah pula di hujung talian.
“Aku pecah tembelang kau kan?” ugut Rashid pula.
“Okey! Aku cuma nak beritahu kau tentang kereta kau tu,”
“Aku dah tahu! Dan aku akan bayar kau lagi banyak selepas ni untuk selesaikan tugas ni,”
“Kau dah tahu ke? So apa perasaan kau sekarang ni?”
“Aku suka sangat, jadi kau kena selesaikan satu-satu. Selepas hal antara aku dan Zarina selesai maka kita akan selesaikan pula kes orang yang calarkan kereta aku ni,”
“Buat report polis sajalah,”
“Tak boleh... dia ada bukti. Kau ingat senang ke nak buat laporan polis apabila bukti ada di tangan orang tu,”
“Dia tu siapa? Jadi kau yang mulakan dulu ke? Memang patutlah, tapi kau ada musuh ke? Setahu aku kau tidak ada musuh,” tanya Fazry Kamal.
“Nantilah aku beritahu kau, jangan fikirkan hal ni dulu. Fikirkan apa yang patut untuk esok. Jangan peningkan kepala aku sekarang ni. Aku malas nak dengar apa-apa rungutan lagi. Okey?”
“Baik bos!”
“Macam best sahaja kau panggil aku bos?” Rashid tersenyum sendiri. Hal kereta yang tercalar itu dilupakan buat seketika cuma. Apa yang penting saat ini adalah hal esok hari dan Malam ini dia perlu lakukan yang terbaik. Dia mesti menjadi seorang suami yang wajib disayangi oleh isteri.
Fazry Kamal hanya ketawa sahaja. Usai itu mereka menamatkan panggilan telefon. Fazry Kamal hanya ingin memberitahu hal yang sudah diketahui oleh Rashid. Mak Mah memang merosakkan mood baiknya ketika pulang ke rumah tadi. Seandainya Mak Mah tidak tunjukkan keretanya yang tercalar itu barangkali dia tidak akan angin sampai begitu. Di saat itu dia sudah pun bersedia berhadapan dengan Zarina namun sebaliknya pula yang berlaku. Memang malang benar nasibnya.
Share this Article on :

2 comments:

fahizal azron said...

best2 padan ngan muka rasyid 2....kena pnumbuk dgn pompuan jer...

Amira Atiya said...

rancangan apakah ini

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.