Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 27)

Monday, April 4, 2011

“Aku lihat cinta. Cinta seperti berlari-lari mengejar aku. Aku lihat lagi kasih sayang itu menghampiri aku tetapi lenyap semula. Aku jadi hairan merasai peritnya cinta di awal ia wujud. Tetapi bila sudah lama maka aku terbiasa. Biasa dengan cinta yang berputik ini. Usia remajaku ketika itu dan sekarang adalah telah jatuh cinta pada seorang jejaka. Jejaka itu bernama Rashid. Dulunya aku tidak mencintainya namun setelah dia menyelamatkan nyawaku dari dilanggar kereta ketika aku melintas jalan begitu membuatkan hatiku terpaut padanya. Takdir cintaku bukan seperti orang lain. Siapalah aku di saat jiwa gerhana? Aku hanya insan yang kurang segala-galanya. Maksud aku, aku adalah perempuan yang hidup menumpang sahaja,”
“Jadi Rashid pernah selamatkan kaulah ya? Erm, itu kenangan kau bersama Rashid... aku faham perasaan kau. Sekarang kau ada di sini Ina, untuk apa kau kenangkan lagi hal yang lama tu. Dia cintakan kau kan?” soal Salwa.
Zarina mengangguk perlahan. Dia bersedih hati membawa lara yang terpinggir ke benang jiwanya sendiri.
“Tapi aku tak rasa cintanya untuk aku...”
“Jangan fikir yang bukan-bukanlah Ina... aku yakin Rashid tetap mencintai kau. Aku tahu dia sudah serahkan hatinya pada kau biarpun awal-awal dulu dia tidak menerima kehadiran kau dalam hidupnya. Ina... aku tahu kenapa kau menerima perkahwinan itu biarpun kau sendiri tidak inginkannya,” ucap Salwa.
“Aku terpaksa,” balas Zarina.
“Kau jatuh cinta juga kan?”
“Aku mencuba dan ia menjadi nyata,” balas Zarina perlahan.
Salwa menarik nafas dalam-dalam. Zarina mengeluh halus. Dia memandang ke ke kanan sekilas.
“Kau patut tahu Salwa... seawal perkahwinan aku dulu, tiada malam pertama selepas itu. Malam pertamaku kosong dan sepi. Aku yang malu sendiri kerana aku tidak tahu apa itu cinta pada suami,” kata Zarina pada Salwa di tempat yang sama di mana Arsyad berada tadi sebelum Arsyad berlalu. Zarina fikir, Salwa tidak nampak Arsyad. Biarlah Salwa tidak melihatnya takut nanti lain pula yang Salwa fikirkan.
Zarina percayakan Salwa maka dia bercerita akhirnya. Selagi mana dia pendamkan selagi itu dia merasa sangat pedih di dada. Pedih dan luka tidak akan sembuh tanpa penjelasan.
“Kau tetap mencintainya kan walau apa pun yang terjadi?”
“Sentiasa... aku sentiasa mencintainya. Aku tahu dia sebenarnya susah untuk  menyayangi aku. Salwa...” Zarina menyebut perlahan lalu mengenggam tangan Salwa.
“Ya Ina...”
“Biarpun kita bercuti di sini sebenarnya hati aku tidak pernah tenang. Aku hati berkecamuk sekali. Perkahwinan di usia muda ini amat membuatkan hidup aku tertekan. Maksud aku sikap Rashid itu,”
“Apa yang tidak kena dengan Rashid tu Ina... setahu aku Rashid sudah mula mencintai kau. Malah sejak dulu lagi aku tengok dia boleh terima kau. Bukan senang tahu nak bersuamikan orang macam Rashid tu. Seorang yang bijak dan pandai. Orang yang macam mana lagi yang kau impikan Ina...”
“Bukan itu maksud aku Salwa. Sebenarnya...”
Salwa ingin tahu apa yang Zarina ingin sampaikan. Salwa tidak sabar-sabar lagi mahukan ayat yang ingin Zarina paculkan.
“Sebenarnya apa Ina?”
‘Katakan apa sahaja Zarina aku tetap akan menghancurkan hidup kau. Kau harus tahu betapa susahnya selama ini aku berpura-pura dengan kau. Betapa hancunya hati aku bila Rashid menikahi kau. Aku tahu bahawa Dato` Sri Ryzal lebih banggakan kau dari aku. Aku juga tahu Dato` Sri Ryzal mahu bermenantukan kau. Aku tidak tahu ilmu apa yang kau pakai sampai dapat memikat hati orang tua Rashid itu? Kau fikir kau itu siapa? Kau hanyalah anak angkat orang gaji. Malah kau sendiri orang gaji mereka sebelum ini. Apa kelebihan yang kau ada? Pengajian kau dulu pun ditanggung oleh Dato` Sri Ryzal. Jangan fikir aku tidak pernah tahu Zarina. Setiap cerita mengenai kau aku tahu dalam dan luar,’ detik hati jahat Salwa.
 Zarina tertunduk ketika ini. Susahnya untuk dia meluahkan apa yang terpendam di lubuk hatinya. Benar-benar payah. Terasa ada batu tersangkut di dalam anak tekaknya ketika ini.
Angin laut terus menghembus lembut. Salwa melihat jam di tangan sambil menunggu bicara Zarina. Sudah pukul sepuluh setengah pagi. Keadaan di sini sungguh nyaman dan tenteram. Panorama yang sungguh mengasyikkan. Zarina tidak pernah datang ke sini dan inilah kali pertama. Salwa pula sudah banyak kali ke sini bersama keluarganya.
Salwa sepatutnya kembali semula mendapatkan Rashid dan Fazry Kamal akan tetapi Salwa tersangkut pula di sini. Zarina mengangkat kepalanya perlahan-lahan lalu ditenung Salwa dalam-dalam.
“Salwa...”
“Ya Ina...” balas Salwa sambil melurut rambut lurusnya.
“Aku rasa Rashid telah mencurangi aku,”
What?” Salwa buat-buat terkejut.
Tanpa diduga, air matanya merembes membasahi pipi. Tekaannya mungkin tepat tapi apa yang membuatkan dia merasakan sedemikian.
“Salwa... aku jumpa resit penginapan hotel di Thailand berada dalam kot suami aku tu. Setahu aku dia tidak ada urusan kerja di Thailand jadi kenapa perlu ada resit itu?” ujar Zarina dengan hatinya kuat mengatakan menikah lain di sana. Zarina sampai sekarang tidak tahu siapakah orang yang dinikahi oleh Rashid jika benar Rashid sudah menikah lagi satu? Zarina tidak pasti.
“Betul ke ni?” soal Salwa.
Zarina mengangguk perlahan.
“Aku fikir tidak ada apa-apa tu,”
“Kenapa harus ke sana tanpa memberitahu pada aku sedikit pun?”
“Dia nak tenang fikirannya barangkali?”
Stress?”
“Soal kerja, pressure kut,” Salwa membuat andaian untuk Zarina. Tiada tekanan di sana. Mereka menikah di selatan Thailand. Salwa berpura-pura seboleh yang mungkin.
‘Ah! Bodohnya aku!  Kenapa aku tidak terus memberitahu dia bahawa Rashid menikah lain sahaja. Kalau Zarina bertanya dengan siapa? Apa pula aku nak jawab? Adakah aku perlu menjawab orang itu adalah aku? Kalau Zarina serta-merta terkena serangan jantung bagaimana? Aku tidak mahu lihat dia mati di hadapan mata aku. Kalau boleh biarkanlah dia mati tanpa dilihat oleh aku. Mati sendirian! Itu lebih baik,’ bisik hati Salwa sambil memandang ke lain arah sekilas.
Zarina terus diam. Dia dihambat rasa keliru, rasa ingin tahu dan semuanya bergabung menjadi satu. Susah benar untuk dia mengerti. Tapi hakikatnya itu adalah pasti. Cuma Zarina sahaja yang tidak tahu lagi.
Perlahan-lahan Salwa mengusap bahu Zarina. Tatkala ini Zarina menitiskan air mata kesayuan. Air mata sedih yang tidak tergambar lagi. Jantungnya pasti gugur seandainya telahannya itu adalah benar. Rashid berkahwin lain.
Salwa tidak membiarkan keadaan itu lama-lama. Lantas Salwa memeluk Zarina supaya perasaan gundah Zarina itu reda.
“Jangan kau nak bersedih Ina... kalau dia berkahwin lain sekalipun itu adalah kerana dia berhak... berhak untuk berkahwin lagi satu dan dia barangkali mampu, mampu menanggung semua ini,”
“Kenapa harus dia menduakan aku? Menkhianati cinta aku?”
“Tapi belum terbuktikan?”
“Bagaimana kalau ia adalah benar?”
“Kau harus tabah Ina...”
“Rashid tidak mencintai aku! Dia tidak sayang aku,”
“Hanya kau sahaja yang berkata begitu. Kalau dia tidak sayangkan kau, dia tidak akan bawa kau dekat sini,”
“Semua ni kerana kau yang memujuk dia Salwa...” Zarina terus meminta pelukan itu dilepaskan. Zarina menyeka air matanya sampai habis lalu dia bangun dan berdiri. Dia melangkah sedikit ke hadapan  membelakangi Salwa memandang langit yang membiru.
“Untuk kau juga, Ina...” Salwa juga bangun dan berdiri di sebelah Zarina.
“Aku fikir kalau benar dia menikah lain rasanya aku patut redha. Aku kena korbankan cinta aku ni untuk dia. Biarlah dia bahagia sahaja dengan perempuan lain kalau benar dia sudah ada yang lain,”
“Benarkah? Kau sanggup ke begitu?”
“Kalau ia adalah terpaksa Salwa... Aku sebenarnya terseksa. Hidup aku menderita siang dan malam. Biarlah kau tahu bahawa sebenarnya aku sudah tidak sanggup lagi untuk terus kecewa. Kecewa dengan sikap Rashid yang banyak berubah. Aku tidak sanggup berhadapan dengan sikap amarahnya lagi. Sudah berkali-kali dia berjanji tidak akan marah dengan hal yang remeh namun setiap kalinya dia akan melenting. Jarang sekali dia menegur dengan baik apabila aku melakukan kesalahan,” Zarina terpaksa juga bercerita tentang diri Rashid. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan selepas dia terjumpa resit itu di dalam kot kerja Rashid.
“Apa pula kata mertua kau nanti?”
Zarina terus terdiam.
Apabila teringat tentang Dato` Sri Ryzal dan Datin Delaila, Zarina terkelu jadinya. Perkahwinannya juga ada kaitan dengan mertuanya. Perkahwinan atas dasar simpati barangkali wujud juga walaupun sekelumit cuma ia menempel di hati.
 “Ina...”
Zarina diam lagi.
“Aku nak beritahu kau...”
Zarina memandang Salwa dengan berwajah sugul. Salwa mengetap bibir bersimpati dengan nasib Zarina. Salwa memegang kedua-dua belah tangan Zarina. Mereka berdua saling berpadangan. Zarina dipandang Salwa lama.
“Kalau kau menangis setiap malam pun tidak guna Ina. Kau hanya membazirkan air mata kau sahaja. Biarlah kau tahu satu perkara ni,” adakah Salwa mahu memberitahu hakikat sebenarnya? Di situkah tempatnya? Barangkali Salwa tegar menyebutnya. Zarina menanti apa yang ingin disampaikan oleh Salwa. Dia menanti dengan penuh kesabaran. Dia tahu barangkali hal Rashid ingin disampaikan padanya. “Rashid terpaksa berkahwin dengan kau Ina...” sambung Salwa. Berderau darah Zarina mendengarnya kerana dia dapat merasakannya dari awal lagi tapi dia tidak tahu apakah sebabnya Rashid perlu berkahwin dengannya.
“Bagaimana kau tahu? Rashid bercerita pada kau ke? Setelah dua tahun begini ke? Ini ke yang layak aku terima?”
“Janganlah kau tanya dari mana aku mendapat tahu kerana semua orang dapat merasainya dan melihatnya dengan mata kasar walaupun kau berpura-pura bahagia bersama Rashid. Biarpun kau membohongi diri kau sendiri,” balas Salwa.
Tubuh Zarina menjadi lemah. Sendinya mula goyang. Jiwanya bercelaru. Memang dia menduga bahawa Rashid terpaksa berkahwin dengannya tetapi dia tidak tahu hingga sekarang apakah sebabnya. Maksudnya, apakah sebab yang sebenar-benarnya? Perlahan-lahan Zarina meminta pegangan tangan dari Salwa itu dilepaskan. Dia tidak bercakap banyak lagi. Dia terus melangkah menuju ke vila bersama perasaan gundah gulananya.
Zarina sedia maklum, dia juga terpaksa berkahwin dengan Rashid. Tetapi dia tidak pasti bahawa Rashid juga terpaksa sepertinya. Ini bermakna perkahwinan antara mereka bukan atas dasar cinta. Cinta yang sengaja diwujudkan biarpun secara keras.
Share this Article on :

3 comments:

blinkalltheday said...

lambatnye nak tau ape rancangan diorg nih..xsuke la watak zarina tu..rashid, sedarlah!!!

Me.Diary said...

zarina tu asyik nangis jhe...
woman must be strong !!!!
Next..

hana_aniz said...

btol. zarina patut kuat. lagi2 dia bakal ada baby. should be dia x pk kn org lain dah. juz pk cm ne sambut kelahiran baru tu.

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.