Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 26)

Monday, April 4, 2011

“Kau ni kenapa?”
“Tak ada apa-apa,”
Tidak semena-mena Fazry Kamal menyorok di belakang Rashid. Rashid kehairanan melihat gelagat Fazry Kamal itu.
Fazry Kamal seperti terlihat sesuatu yang tidak diduga maka terus sahaja berselindung supaya kelibatnya tidak kelihatan. Rashid terus menoleh sekeliling melihat keadaan dan apa yang Fazry Kamal takutkan? Matanya meliar memandang sekeliling mencari sesuatu yang ditakutkan oleh kawannya ini. Susah untuknya meneka kerana di situ masih terdapat ramai orang. Rashid tidak kenal sesiapa pun mereka yang bersantai di situ. Pagi yang indah begini memang menjadi tumpuan orang yang melancong ke sini. Waktu orang bersiar-siar bersama keluarga masing-masing menikmati panorama keindahan alam. Matahari pagi yang menyinar turus membakar kulit mereka.
Rashid melangkah mendekati pondok berdekatan di situ. Fazry Kamal membuntutinya secara perlahan-lahan dan masih terintai-intai lagi. Benar-benar menghairankan Rashid.
“Macam mana dia boleh ada di sini?” desis Fazry Kamal.
“Siapa?” Rashid bertanya sambil melabuhkan punggung duduk di kerusi.
“Tak ada apa-apa. Marilah kita ke tempat lain,” kata Fazry Kamal yang masih berlindung di belakang tubuh Rashid.
“Aku baru duduk dekat sini kau dah ajak pergi tempat lain. Janganlah jauh sangat nanti Salwa cari kita. Eh? Kau sembunyikan diri dari siapa ni?” soal Rashid.
“Aku dah kata tak ada apa-apalah,” balas Fazry Kamal sambil menarik tangan Rashid beredar dari situ dan Rashid terpaksa menurut pula kerana ingin tahu puncanya.
Tidak berapa lama selepas itu mereka tiba di restoran. Mereka tidak menunggu Salwa pula kerana Fazry Kamal tergesa-gesa. Selepas tiba di situ Fazry Kamal menghela nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan.
“Kau ni macam nampak hantu di siang hari sahaja. Kenapa ni Fazry? Dengan aku pun kau tak nak cerita ke?” Rashid memancing Fazry Kamal.
Fazry Kamal masih menggelabah. Rashid ingin juga mengetahuinya. Fazry Kamal perlu memberitahunya secepat mungkin sebelum kolar baju Fazry Kamal itu dipegangnya. Dalam kiraan tiga sahaja pasti Fazry Kamal kena ugut lagi.
“Kau nak beritahu aku ke tidak ni?” sekali lagi Rashid menyoal.
Di saat Fazry Kamal terdiam, Rashid terus menyentap kolar baju Fazry Kamal. Terkejut Fazry Kamal melihat tindakan itu dan Rashid yang berubah wajah seperti mahu marah sahaja.
“Okey! Lepaskan!” pinta Fazry Kamal.
My cousin! Dia ada dekat sini. Aku pun hairan macam mana dia boleh ada di sini pula?” beritahu Fazry Kamal.
“Ni mesti kau yang beritahu kan? Atau kau memang sengaja nak mengelak?” Rashid menduga. Fazry Kamal tidak menipu. Rashid perlu percaya tetapi sukar pula memandangkan Fazry Kamal seakan mahu mengelak sejak semalam lagi.
“Aku tak ada masa nak mengelaklah Rashid. Aku cakap betul ni. Kalau dia ada habislah aku. Dia tu baik dengan mak dan ayah aku. Teruklah aku nanti... sebenarnya dia tergila-gilakan aku tapi aku tak layan dia. Buat apa aku nak bercinta dengan sepupu sendiri,”
“Maksud kau dia tu perempuan ke?” tanya Rashid dengan soalan yang agak kurang releven untuk dia tuturkan.
“Ada ke aku bercinta dengan lelaki?”
“Mana aku nak tahu kalau kau sudah ubah selera ke,”
“Menyimpang!” bangkang Fazry Kamal.
“Tapi kenapa kalau dia ada dekat sini?” soal Rashid lagi. Dia terus menarik tangan Fazry Kamal untuk duduk minum terlebih dahulu di restoran itu.
“Kau dah upah aku dan sepupu aku pula ada dekat sini maka rosaklah nanti. Bagaimana tugas aku nak diselesaikan dengan jayanya kalau dia tu menyibuk?” Fazry Kamal bertanya pula pada Rashid supaya memberikan pandangan.
“Susah juga ni. Sepupu kau ada dekat sini dan dia tu pula suka dekat kau. Senang-senang kau suruh sahajalah dia balik...” begitu mudah jawapan yang Rashid berikan.
“Kalau dia datang sini sudah pastilah dia bercuti. Apa hak aku untuk halau dia keluar dari Pulau Perhentian ni? Pulau ni bukannya aku yang punya. Lainlah kalau pulau ini memang hak milik aku maka dengan begitu mudah sekali aku akan menghalaunya walaupun dia tu adalah sepupu aku sendiri,”
Tiba-tiba sahaja Fazry Kamal berubah wajah. Barangkali tertekan agaknya. Rashid melihat Fazry Kamal memegang perut. Sakitkah dia? Rashid berkerut dahi.
“Kenapa dengan kau ni?” tanya Rashid.
“Kau tunggu sekejap. Aduhai perut aku buat hal,” Fazry Kamal terus berlalu dari situ mencari pintu tandas dengan tergesa-gesa. Rashid memandang dengan ekor matanya sehinggalah sesusuk tubuh itu hilang dari pandangan.
Rashid menarik kerusi lalu dia menghempaskan punggung di situ. Hairan dengan Fazry Kamal itu yang takutkan sepupu sendiri. Barangkali ada benarnya. Jika sepupunya ada di sini bermakna sukar untuk rancangannya berjalan dengan lancar.
“Kenapa nampak macam susah sangat ni?” soal Rashid sendiri berkerut dahi mengetap bibir.
Rashid sedang memikirkan cara yang terbaik. Cara yang tidak akan menggagalkan rancangannya. Begitu sukar ditelaah ketika ini kerana halangan datang secara tiba-tiba. Rashid cuba menelaah perkara itu, barangkali Fazry Kamal sengaja. Tetapi jika Fazry Kamal sengaja, awal-awal lagi dia akan membantah untuk ke sini walaupun Rashid sedia mengugutnya. Tidak sampai hati pula Rashid untuk mengenakan Fazry Kamal kerana Fazry Kamal adalah satu-satunya kawan yang boleh diharap.
Fulamak... tak sia-sia beb datang sini pun jumpa muka kau? Bolehlah aku minta ganti rugi!” tanpa diduga muncul satu suara dari arah belakang.
Rashid yang mendengarnya terus menoleh. Dia terlihat empat manusia lasak. Perempuan lasak. Memang penampilan persis lelaki. Mereka ada di sini, di Pulau Perhentian. Rashid juga hairan bagaimana perempuan ini boleh wujud dihadapan matanya. Jika beginilah, ini bermakna rancangan berhadapan dengan masalah.
“Macam mana kau boleh ada dekat sini ni? Asal aku nak berehat kau wujud di hadapan mata aku! Kau tak boleh main jauh-jauh ke?” marah Rashid.
Di saat Rashid baru sahaja hendak bangun. Roy telah duduk di hadapan Rashid. Roy tersenyum sinis.
“Kebetulan aku dah jumpa dengan kau dekat sini, apa kata kita berbincang mengenai hal ganti rugi aku tu,” ucap Roy. Kawan-kawan Roy yang lain berdiri di belakang.
“Sekarang ni aku tak ada masa. Kau yang patut bayar aku! Bukannya aku yang haru membayarnya,”
“Masalahnya sekarang ni kau yang calarkan motor aku tu. Kau ingat motor aku tu pokok getah ke yang kau nak toreh-toreh dengan screw driver?” balas Roy sambil membetulkan kedudukan cap.
“Mana lebih mahal? Kos cat motor kau ke atau kos cat kereta aku tu?” Rashid menyoal dengan berpeluk tubuh. Gaya yang amat menjengkelkan. Dia rasa panas hati pula dengan lagak Roy yang ada di hadapan matanya saat ini. Rasa ingin dihumban sahaja perempuan itu ke dalam laut.
“Jadi kau yang ingat aku calarkan kereta kau?”
“Kalau bukan kau siapa lagi?”
“Tahu pun kau panas hati kan? Bagaimana dengan aku? Hati aku ni macam sutera ke yang kau boleh belai-belai dengan lagak romantis kau tu? Tolonglah... aku tak pernah aniaya kereta orang,” balas Roy.
Rashid terus bangun. Dia malas nak layan budak perempuan itu kerana dia ada hal lain yang lebih penting daripada budak perempuan ini. Dia sudah berkata mahu selesaikan hal di sini dulu dan barulah hal Roy itu. Tetapi Roy mendesak pula. Rashid sakit hati.
Roy turut bangun dan ada seorang pelayan restoran itu sedang membawa minuman di atas dulang. Roy mencapai minuman itu.
“Dia ni yang akan bayar,” beritahu Roy pada pelayan restoran itu.Usai itu dengan serta-merta dia menuangkannya ke atas kepala Rashid.
Rashid dibuli dengan begitu mudah. Roy langsung tidak gentar pada Rashid. Roy ada kawan-kawan di belakang. Semuanya kaki pukul. Mereka terus ketawa.
“Sesuai dengan muka kau wahai pengedar! Datang sini nak tunggu bekalan ya? Kami akan siasat siapa kau sebenarnya. Kalau aku berjaya buktikan yang kau ni pengedar dadah yang paling dikehendaki sudah pasti aku akan dapat ganjaran dari pihak berkuasa! Masa tu barulah aku boleh cat skuter aku yang kau calarkan! Kawan-kawan! Jom blah!” Roy sengaja menggelar Rashid sebagai pengedar dadah yang kedekut dan yang payah nak mengaku bersalah apatah lagi membayar ganti rugi. Walau bagaimanapun Roy tetap akan memintanya. Roy akan kembali lagi.
Rashid dimalukan dengan begitu sekali. Entah kenapa dia tidak melawan pula? Selama hidupnya dia tidak pernah dimalukan sedemikian rupa. Roy meminta dia membayar ganti rugi tetapi dia tidak mahu. Dia tidak perlu membayarnya di atas sikap biadap Roy dan kawan-kawannya itu.
Sempat lagi salah seorang daripada mereka mengangkat penumbuk ke arahnya sebagai isyarat ugutan. Rashid tidak gentar namun dia rasa dimalukan. Ramai orang di dalam restoran itu memerhatikannya.
“Nanti kau!” Rashid cuba mengejar namun dihalang pula.
“Kau nak ke mana tu?” Rashid terus mematikan langkahnya dan dia menoleh ke belakang. Fazry Kamal yang baru beberapa minit ke tandas sudah kembali semula.
“Tak ke mana-mana,”
“Kau nak tinggalkan aku ke? Eh?! Apa kena dengan kau ni?” Fazry Kamal menegur baju Rashid kebasahan disiram dengan ais jus oren.
“Aku tengah panas ni!” bentak Rashid.
“Sabar...”
“Yang kau cepat sangat ni kenapa?” Rashid bertanya pula kerana gara-gara Fazry Kamal maka dia terlepas perempuan itu. Dia mahu membalas balik di atas sikap biadab perempuan  itu sebentar tadi.
“Bila sampai ke tandas tadi perut aku tiba-tiba okey balik,” kata Fazry Kamal.
Rashid saat ini hanya mengumam geram. Wajahnya tidak dapat melakar senyuman setelah hati itu membara dan mahu meletup sahaja.
Dia berdoa dalam hati supaya perempuan seperti itu dijauhkan daripadanya. Dia tidak mahu berhadapan lagi di masa-masa akan datang. Hatinya bertambah panas mengenangkan kelakuan yang biadap dan sewel itu. Kalau diikutkan hati memang dia mahu pijak-pijak sahaja perut Roy itu namun niatnya terhalang pula. Roy masih bernasib baik.
Share this Article on :

3 comments:

hana_aniz said...

apa masalah la si rashid ni.

fahizal azron said...

hahaha...bgus2...adakah rancangan rashid akan berjaya????

zura asyfar addy rifqhiey said...

eh? owh..haha...

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.