Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 25)

Monday, April 4, 2011

Hari kedua, Villa Perhentian Island Resort

Madu cinta manis sentiasa
pahitnya peria berduka lara
pernah ada jiwa dan ada rasa
menjadi satu hidup bersama

Masih teringat lagi dan ia terngiang-ngiang di telinga mendengar bicara yang pernah terpacul dari bibir Rashid. Suaminya berceritakan tentang kisah cinta semalam yang berlalu kelam. Kisah antara dia dan suaminya. Ingin disambung lagi sebaris puisi yang terindah Rashid coretkan untuknya di taman bunga ketika sedang hangat bermadu asmara.

Kaulah bintang jiwaku bersinar terang di kalbu
kaulah bulan itu purnama penuh dingin membeku
hangatnya kasih sayangmu memandu jiwaku
ke arah jalan yang terang membangkitkan rindu

Kala sendiri di bangku vila dia menitiskan air mata. Air mata seorang isteri seperti tiada nilainya di sisi suami. Selama ini dia berair mata sendiri. Mak Mah tiada menemani ketika ini. Mak Mah tidak pernah tahu hari-hari yang berlalu sebelum ini sungguh perit. Pembantunya hanya mengetahui sedikit sahaja. Bukan sahaja Mak Mah malah keluarga mentuanya juga. Begitu juga dengan jiran tetangga yang terus menyibuk. Hingga ke saat ini dia berada di sini pun Intan menelefon dirinya bertanyakan tentang percutian ini. Walhal hari ini baru hari kedua. Sibuk benar jirannya itu mahu mencungkil rahsia hidupnya. Dia membenarkan suaminya dan kawannya itu pergi ke pantai. Zarina tidak ikut. Katanya mahu berehat di vila sahaja. Barangkali dia mahu melayani perasaannya sendiri.
Biarlah dia menyimpan semua itu. Biarlah dia sengsara sendiri. Dia cinta di hati meskipun naluri kewanitaanya dicabuli dengan permainan perasaan oleh suami sendiri. Dia menderita, dia terseksa dan dialah duka yang berdarah. Dia jugalah wanita yang parah jiwanya terbungkam merana.
Matanya ditutup dari belakang. Permainan teka dalam gelap bukannya mampu mengembirakan hatinya malah dia merasakan itu adalah sikap yang mahu mengambil hatinya sahaja. Tangan itu sangat kasar.
“Abang... kenapa main tutup mata saya ni?” duga Zarina merasakan suaminya kembali ke vila menemuinya.
Pagi yang sangat tenang itu dinikmati oleh Zarina sambil fikirannya jauh menerawang. Saat ini dia berteka-teki pula kerana matanya ditutup. Tanpa suara berbalas. Tiada jawapan diberikan. Zarina memegang tangan itu supaya matanya  tidak terhalang lagi namun ia ditutup kemas.
“Janganlah main-main abang...” ucap Zarina.
Perlahan-lahan tangan itu dialihkan dari matanya. Zarina cepat-cepat menoleh. Alangkah terkejutnya dia kerana dia mendapati itu bukan suaminya malah orang lain. Sungguh berani orang itu menyentuhnya. Tiada langsung batas sentuhan antara lelaki dan perempuan. Lelaki itu bukan muhrimnya.
Zarina mencerlung mata biarpun dia masih lagi terkejut melihat keadaan ini. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa semua ini berlaku serentak. Sukar untuk dia berkata-kata ketika ini. Lidahnya kelu serta-merta.

***

Dia berjalan bersama dengan Fazry Kamal. Salwa pula tiada bersama. Salwa mahu kembali vila katanya tertinggal telefon. Salwa mahu mengambilnya semula. Saat ini Rashid dan Fazry Kamal berteduh pula di pohon yang rendang, pohon yang berhampiran dengan pantai. Angin pagi mendamaikan sungguh tenang kala memandang laut yang membiru itu. Matanya tertancap pada bot yang membawa penumpang.
“Ingat Fazry... ini bukanlah semata-mata percutian, ini adalah agenda sahaja. Nanti aku nak kau selesaikan tugas kau. Aku harap semuanya berjalan seperti biasa,” beritahu Rashid.
“Itu aku tahu... Rashid aku nak tanya kau ni dan kau jangan marah,”
“Apa dia?”
“Kenapa kau benci sangat pada Zarina tu?”
“Aku tak benci, aku cuma bosan...”
“Kenapa kau tak selesaikan hal ni di rumah sahaja? Kenapa kau mesti bawa dia ke sini? Kau tahu kan kau hanya membuang waktu,”
“Kau jangan nak mengajar aku Fazry. Kau juga bukannya betul sangat pun. Kalau kau orang yang baik aku tak akan suruh kau buat apa yang aku suruh tu,”
“Tapi kau memaksa aku. Kenapa aku ceritakan semuanya pada Salwa @ Baby kau tu?” Fazry Kamal memang tidak berpuas hati.
“Kau ingat best sangat ke aku nak berceritakan kisah kau tu dekat Salwa?”
“Bini muda kau!”
“Aku tak kisahlah bini muda ke bini tua ke dia dah sah jadi isteri aku,”
“Oleh sebab tu rahsia aku tu telah kau ceritakan dekat dia? Apa jenis kawan kau ni?”
“Aku percayakan dia,”
“Hingga aku diugut? Percayakah macam tu? Come on Rashid kau memang nak perangkap aku. Aku tahu kau sengaja nak aniaya aku pula selepas ini seperti apa yang kau buat pada Fahizal!”
Nama Fahizal pula yang disebut-sebut. Nama seorang kawan yang teraniaya tujuh tahun dulu angkara Rashid mahu menyelamatkan keadaan Fazry Kamal. Kawannya itu pula yang terpaksa menjadi suami kepada adik angkat Zarina di atas ke khalwat. Namun perkahwinan mereka tidak lama selepas ibu dan ayah angkat Zarina kemalangan jalan raya kecuali Najwa adik angkat Zarina sempat dibawa ke hospital dan kandungan Najwa dapat diselamatkan. Najwa parah ketika itu namun dia sempat melahirkan zuriat dari benih Fazry Kamal. Pada mulanya Rashid fikir anak Najwa telah meninggal dunia namun setelah diselidik rupanya anak itu masih hidup dan Fahizal pula merahsiakannya dan rahsia itu terbongkar akhirnya dari mulut orang tua Fahizal sendiri yang mahu mencari ayah kandung pada anak itu.
“Kau ni ada akal ke tak ada?” tempelak Rashid.
“Aku manusia sudah tentulah aku berakal,”
“Jadi fikirlah dengan akal kau tu! Fahizal tu dah nak balik ke Malaysia. Aku yakin dia memang mencari ayah kandung budak tu. Aku percaya memang pecah muka kau nanti kerana anak tu bukan anaknya. Dan memang dia tahu itu bukan anaknya. Sekiranya dia tahu kau adalah ayah pada budak tu bagaimana?”
Fazry Kamal terdiam.
“Oleh sebab tu aku bawa Zarina bercuti dekat sini. Dia kan pernah jadi ahli keluarga Zarina sebelum ini. Sudah pasti dia akan cari Zarina. Aku pun kurang suka pada Fahizal tu, memang dari kolej lagi aku menyampah dengan dia. Dia sangat genius tapi sayangnya dia begitu mudah diperbodohkan oleh aku,” ucap Rashid.
Fazry Kamal berkerut dahi.
“Aku tahu kau boleh bantu aku. Selepas semua ni selesai aku akan tolong kau pula hapuskan Fahizal tu,”
“Kenapa kau nak hapuskan dia? Kau nak membunuh ke Rashid? Kau ni dah tak ada otak?”
 “Bertenang... takkan sampai membunuh pulak dan kalau kau nak selamat kau menurut sahaja apa yang aku rancangkan. Sudah pasti keadaan ini bertambah tenang selepas ini,” bicara Rashid membuatkan Fazry Kamal bertambah keliru.
“Sudah!! Kau dah gila Rashid! aku yakin kau memang dah tak betul!”
“Memang aku tak betul!!” bentak Rashid terus berdiri di hadapan Fazry Kamal.
“Okey aku bertenang...”
“Bagus... kalau kau tak bagi aku angin, semua ini akan baik-baik sahaja. Lagi satu aku nak pesan, janganlah kau over sangat dengan Salwa ya?”
“Kata teman wanita,”
“Tapi janganlah lebih-lebih...”
“Okey...”
Rashid tidak mahu Fazry Kamal terlalu melebih melakonkan wataknya. Kalau boleh biarlah berpada-pada. Rashid tetap cemburu. Rashid yang rencanakan begitu tetapi mudah cemburu pula. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Orang selalu kata semakin dibenci semakin sayang. Mana tahu suatu hari nanti kebencian di hati Fazry Kamal pada Salwa bertukar sayang?
Bila Fazry Kamal dilibatkan dalam hal ini sudah pasti ia bersebab. Yang nyata adalah Fazry Kamal sudah merasakan dia dipergunakan terlalu kasar. Kemungkinan besar Fazry Kamal terpaksa belot. Namun sejauh mana Fazry Kamal dapat menghindari masalah ini? Semakin dalam dia menyelam semakin banyak rintangannya. Semakin tinggi dia terbang semakin lelah dan penat.
Bahu Fazry Kamal dipaut. Mereka terus melangkah serentak berjalan di persisiran pantai itu. Sesekali Rashid memandang ke arah laut sekilas. Angin pagi itu berpuput lembut sebagaimana hatinya yang sedang bersandirwara.
“Fazry, Fazry... semua ini tak mudah... kalau kau nak tahu inilah kisah cinta. Inilah cinta... kau masih belum berumahtangga jadi kau masih kurang arif mengenai halangan dan rintangannya. Hari-hari berhadapan dengan perempuan cantik, tergugat jadinya...”
Fazry Kamal mematikan langkah serta-merta. Rashid juga begitu setelah melihat reaksi Fazry Kamal itu.
“Kau tak setia Rashid. Aku sedih dengan kau kerana kesetiaan kau mudah goyah,”
“Bagaimana tidak goyah? Semua ini adalah jodoh? Maksud aku sudah jodoh aku berkahwin dengan Salwa,”
“Kau berlaku curang Rashid. Kenapa kau buat Zarina sengsara dan menederita? Aku sebenarnya tidak tergamak melihat Zarina dikejutkan dengan perkahwinan rahsia kau tu. Sedih dia nanti Rashid... dia terlalu sayangkan kau, aku dapat rasa apa yang dia sedang fikirkan,”
“Maksud kau dia sudah tahu?”
“Aku tak pasti tapi naluri seorang isteri mungkin dapat merasainya. Kau berubah dengan begitu mendadak maka bukan sahaja dia malah aku juga berasa begitu. Walau aku jadi perempuan sekalipun aku akan merasakan benda yang sama,”
Rashid terdiam seketika. Adakah dia akan memproses data nasihat itu menjadi pemikiran yang positif? Rashid tetap dengan egoisnya. Rashid sayang untuk mengurangkan sikap itu apatah lagi membuangnya jauh ke dasar lautan. Fazry Kamal benar-benar yakin bahawa Rashid takutkan bayang-bayang sendiri.

***
“Kau dapat cari aku sampai ke sini cukup menghairankan aku,”
“Aku sudah kata, ia adalah kebetulan. Jangan tanya lagi. Aku tidak cari kau Zarina... aku hanya ke sini kerana ingin tenangkan fikiran aku, itu sahaja,”
“Aku masih tak percaya,”
“Terpulanglah Zarina. Aku tidak pernah pun berniat begitu,”
“Habis sebenarnya apa?” sekali lagi Zarina bertanya soalan yang sama.
Arsyad diam.
Zarina mengeluh halus, Arsyad pula terus mendiamkan diri.
Mereka saling berpandangan. Kisah lama menjelma dalam ingatan. Tidak mahu dikenang lagi tetapi tetap juga bertandang. Begitu sukar sekali untuk menepisnya. Ketika ini mereka melayani fikiran masing-masing.
Zarina tidak menyangka langsung akan kewujudan Arsyad di Pulau Perhentian ini. Sedari tadi dia dimarahi oleh Arsyad kerana tidak menelefonnya. Balas Zarina, dia terlupa kerana terlalu gembira mendengar khabar percutian tiga hari dua malam di sini. Mak Mah telah menyampaikan pesanan itu bahawa Arsyad meminta Zarina supaya menelefon si Arsyad ini namun Zarina gagal berbuat sedemikian. Bukannya dia sengaja tetapi seperti dikatakan tadi, dia terlalu asyik.
Sempat lagi mereka bercerita tentang zaman kanak-kanak mereka. Peristiwa lalu itu mencengkam jiwa masing-masing. Arsyad sangat nakal. Kenakalan Arsyad tidak mungkin akan Zarina lupakan. Zarina selalu ditolak, selalu dirampas ais krimnya. Tidak cukup dengan itu Arsyad selalu menakut-nakutkan dirinya. Sewaktu di sekolah rendah lagi Zarina selalu diusiknya.
Terbuai Zarina ketika ini. Rasa ingin kembali sahaja ke zaman itu. Namun masa yang berlalu tidak dapat diputarkan kembali. Masa tetap pantas berlalu sehinggalah kita dia bergelar isteri orang dan sedang menunggu ketika menimang cahaya mata.
Zarina masih dihujani pertanyaan. Dia yakin Arsyad bukan datang untuk tenangkan fikiran tetapi seakan mengemis cinta semalam. Untuk apa lagi Arsyad mencarinya? Zaman awal remaja pula sudah jauh ditinggalkan. Arsyad pergi begitu sahaja mengikut keluarga berpindah ke Sabah. Perginya tiada mengirimkan khabar berita, bagimanakah perasaan Zarina? Pernahkah Arsyad memikirkannya? Zarina merasakan persahabatan itu telah terputus namun hingga ke hari ini dia tidak menjangkakan bahawa Arsyad muncul semula. Namun, tanpa mereka sedar, mereka sedang diperhatikan dari jarak hanya beberapa meter sahaja dari mereka di ketika ini.
Share this Article on :

4 comments:

fahizal azron said...

ZARINA ooooooo zarina....baik dgn arsyad lg bagus............mike...pak sanggup pun pak sanggup la....hahahahha...

zura asyfar addy rifqhiey said...

abesla zarina nnt..huhuhu

hana_aniz said...

gud. arsyad penyelamat hidup zarina yg dah kelam tu. sambung lagi.

S. said...

i luv arsyad!!!!!

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.