Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 23)

Sunday, April 3, 2011

Kecekalan dan ketabahan adalah makanan hati yang sabar
Tenggelam pun tetap gah timbul pula tidak lagi akan karam

Sekiranya benar hatinya maka akan benarlah segalanya. Jika kesalahan yang dilakukannya tanpa sengaja maka kemaafan yang akan dipinta namun dalam soal ini adalah berkait rapat dengan jiwanya, hatinya dan perasaannya sendiri hingga membuatkan dirinya seolah-olah terapung di awangan. Manusia tidak pernah sempurna. Manusia tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Manusia biasa adalah manusia yang bukannya maksum terhindar dari dosa kecil dan dosa besar.
Bercerita tentang kisah cintanya itu adalah sebuah anugerah dan cinta itu sempadan yang akan jauh ditinggalkan jika dia telah begitu lama terseksa zahir dan batin. Tidak cukup dengan itu, dia masih lagi mahu memulihkan mahligai kaca yang retak seribu biarpun asal-usul bahan binanya adalah dari intan dan permata.
Menapak di bumi Tuhan dalam kelesesaan dan redha dari Allah adalah impian yang terindah. Menanam keazaman mahu kecap nikmat hidup berumahtangga kekal bertakhta menjadi cita-cita. Siapa sangka cempedak jadi nangka? Siapa duga kebeningan bertukar rupa? Tiada seorang pun insan yang bergelar isteri mahu hidupnya berhadapan dengan kerumitan namun itulah lumrah asam garam kehidupan. Keberanian perlu ada, kehalusan jiwa mesti wujud. Lemah lembut itu adalah sifat wanita yang paling terulung. Tangan wanita yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.
Tanpa suara maka tiadalah bicara. Tanp cinta maka tiadalah kasih dan sayang. Begitulah perumpamaan yang dapat ditujukan pada Zarina yang termangu tatkala mereka sedang berborak seketika di restoran.
“Kau ni kenapa Ina? Nampak macam tak happy sahaja,” soal Salwa.
Zarina tidak sengaja membuat ekspresi wajah hampa namun ia seakan terluah sahaja di raut wajah. Mungkin telah lama dia berpura-pura. Mungkin juga dia terseksa sekian lama. Barangkali rasa itu sudah sarat.
Salwa menguntum senyuman pada Zarina yang tidak mampu ikut berbual. Rashid hanya menoleh pada Zarina lalu digenggam tangan Zarina memberi kekuatan dalam cinta. Mahu Zarina mempercayai cinta sejati. Cinta dari suami yang sedang berlakon. Barangkali Zarina masih belum mengetahuinya.
Zarina diam.
“Sayang... kenapa ni? Sayang tak sihat ke?” soal Rashid dengan lembut sekali.
Fazry Kamal ketika ini tidak menunggu lama untuk menghabiskan secawan teh tarik. Air itu diteguk sampai habis lalu dia terus bangun mencari tandas. Sering sahaja buang kecil.
Zarina mahu menjawab tetapi terhalang. Telefon bimbitnya tiba-tiba sahaja berbunyi. Zarina mengambil telefon bimbitnya dalam tas tangannya itu. Dilihat paparan pada skrin telefon Sony Ericson itu dan tiada nama yang tertera melainkan nombor telefon yang tidak dikenalinya. Dia memandang pada Rashid sekilas. Begitu juga Rashid namun selepas itu memandang pada Salwa pula.
Butang hijau ditekan dan dia menjawab panggilan itu. Zarina bertanya siapakah yang menghubunginya agak lama juga untuk diberitahu. Zarina cuak kerana bimbang jikalau Rashid pula tersalah anggap.
“Nanti saya call awak semula,” kata Zarina lalu mematikan telefonnya lantas memandang ke arah rashid yang memandang padanya juga. Pandangan mereka bertembung dan Rashid berkerut dahi pula.
“Siapa yang telefon tu sayang?”
“Kawan... tapi panggilan kurang jelas, maksud saya coverage tak berapa elok,” Zarina memberi penjelasan.
Rashid menguntum senyuman lalu menoleh sekilas pada Salwa. Barangkali tidak menaruh syak. Untuk apa agaknya Rashid perlu curigai Zarina memandangkan Rashid sendiri berlaku tidak adil? Salahkah Zarina mempunyai kawan?
“Marilah kita gerak sekarang,”
“Fazry?” soal Zarina.
“Oh...” Rashid terlupa.
Its okey Ina... aku akan tunggu dia. Kalau kamu berdua nak ke kereta dulu... pergilah,” kata Salwa pula.
Zarina mengangguk dan Rashid pula sudah sedia mengangkat punggung. Salwa memerhatikan sahaja sambil tunggu Fazry Kamal. Rashid lebih dulu melangkah ke kereta dan Zarina tertinggal di belakang. Terlupa agaknya untuk mengiring Zarina yang sedang hamil itu. Tidak semena-mena Rashid undur semula memaut bahu Zarina. Barangkali baru terfikir untuk membantu Zarina melangkah.
Zarina sabar sahaja. Kesabarannya itu sebahagiaan dari tahap keimanan yang teruji tanpa batasan. Tidak mengapa asalkan suaminya masih terus mengingatinya.
“Hati-hati ya sayang...”
Zarina diam sahaja hanya mengulum senyuman pahit. Setibanya dekat dengan kereta, pintu untuk Zarina dibuka lalu Zarina masuk ke dalam perut kereta di sebelah tempat duduk pemandu. Zarina sebenarnya masih hampa. Sisa-sisa keruh itu masih beraja. Dia terfikirkan apa akan jadi sekiranya Rashid tetap begitu dan berubah bila-bila masa sahaja dari sekarang? Sukar untuk Zarina menelaahnya.

***

“Kau ni kuat kencing betullah. Kau ada masalah dengan saluran kencing ke?” sinis Salwa setelah Fazry Kamal muncul terpisat-pisat sendiri.
Memang pada mulanya dia ingin buang air kecil sahaja tapi tidak tentu fasal perutnya meragam pula. Sekali sudah terkena sembelit. Agak lama juga Salwa menunggu dirinya. Hampir setengah jam lamanya. Mana tidaknya tandas cuma satu terpaksa menunggu orang dari dalam keluar. Rashid ingat siapa di dalam, hanya budak kecil sahaja. Terpaksa menunggu giliran terkial-kial di hadapan pintu menahan rasa hendak buang air kecil itu. Bila sudah masuk ke dalam ketika itulah bunyi kurang enak dari dalam perut. Tersalah makan agaknya.
“Sakit perutlah. Kau ni bising betul,”
“Lama tunggu memanglah,”
“Perampas memang banyak bising,”
“Boleh tak kau jangan ulang perkataan tu kalau kau sayang bibir seksi kau tu?!” larang Salwa pada Fazry Kamal.
“Aku cakap benda betul, aku memang bencikan kau ni Salwa @ Baby!”
Shut up!”
You shut up!”
“Kau dah cabar aku! Selepas sahaja hal ni selesai aku akan pastikan kau dibuang kerja!”
“Aku akan beritahu Zarina terlebih dahulu. Baru padan dengan muka kau!”
“Lagilah aku suka. Kalau boleh aku memang nak beritahu dia sekarang juga tapi aku fikirkan suami aku tu,”
“Suami Z-A-R-I-N-A!” Fazry Kamal terus membulatkan matanya begitu juga dengan Salwa. Dia mengeja nama itu. Mereka bertentang mata melahirkan rasa tidak puas hati masing-masing. Fazry Kamal memang menyampah dengan Salwa. Baru kini dia tahu akan sebenar-benarnya sikap anak Dato` Shamir itu. Memang cantik dari luaran tapi busuk di dalam.
“Suami aku juga!” balas Salwa.
“Madu pahit!” kata Fazry Kamal.
I hate that!”
Salwa terus berpaling dan melangkah menuju ke kereta. Fazry Kamal membuntuti langkah Salwa dengan penuh rasa geram dan tidak sangka akan sikap perempuan seperti itu masih lagi wujud. Tidak pula ditelan bumi. Sungguh tegar merampas hak milik orang lain. Barangkali Fazry Kamal menyesal ikut campur urusan ini namun semuanya kerana terpaksa. Susah baginya membohongi dan menumpang dosa itu.
Rashid tidak mahu memikirkan soal persahabatan ini. Baru sekarang Fazry Kamal mula sedar bahawa Rashid mempergunakan dirinya demi kepentingan peribadi. Sungguh naif dirasakan. Sungguh parah dari dalam.  Fazry Kamal betul-betul kasihankan nasib Zarina. Dia dapat membayangkan betapa pedih dan terlukanya hati seorang isteri yang selama ini mempercayai suami. Sedangkan suami berfoya-foya dan berkahwin secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan Zarina.
“Cepatlah badut! Kau tak nampak ke orang dah tunggu tu?”
“Cakap sahajalah kau cemburu tengok Zarina dengan suaminya menunggu dalam kereta berdua-duaan kan?”
“Diamlah kau! Aku rasa mulut kau ni elok digam! Dari tadi banyak bercakap malah semua cakap aku kau lawan. Semua benda kau nak bantah. Aku tahulah apa yang aku buat! Yang kau nak berpihak pada Zarina tu kenapa? Aku rasa kau dah lama syok dekat dia kan? Tapi tak apa... aku rasa kau layak jadi ayah pada anak tiri itu nanti,” Salwa begitu marah dengan Fazry Kamal yang banyak bersuara.
Hello anak bos... kalau kau bising-bising macam ni aku rasa rahsia ni akan cepat terbongkar,”
“Lagi cepat lagi bagus! Aku dah Fed up-lah tunggu lama-lama ni!” balas Salwa mengumam geram.
“Kau bosan berlakon jadi baik kan?”
“Aku kata diamlah! Masuk cepat!” arah Salwa dengan tegas sekali.
Dalam keterpaksaan Fazry Kamal masuk ke dalam perut kereta. Sudah lama mereka menunggu kini tibalah masanya mereka bertolak ke destinasi. Tidak perlu berlengah lagi kerana telenovela akan bermula. Tidak sabar rasanya Salwa ingin melihat kehancuran Zarina. Fazry Kamal menggeleng kesal. Setiap saat dan ketika dirinya tidak pernah terlepas dari terus dihambat oleh rasa itu. Rasa serba salah pada Zarina dan terutamanya pada dirinya sendiri.
Kereta itu dipandu mengekori kereta Honda Accord itu. Salwa merenung dalam-dalam ke arah Fazry Kamal. Lelaki yang memandu itu berasa dirinya diperhatikan lantas dia menoleh sekilas.
“Kau kenapa pandang aku semacam? Kau pun teringin dengan aku juga ke?”
“Cermin dulu muka kau tu,”
“Habis tu apa yang tengok-tengok? Aku tahulah aku ni tampan tapi tak adalah setampan Rashid tu kan sampai kau boleh tergila-gilakan dia. Suami orang pun kau sanggup kebas. Suami kawan baik sendiri pula tu,”
“Fazry!! Lebih baik kau berhenti sekarang!! Kau turun dari kereta aku ni! Kurang ajar sungguh kau ni ya? Kau betul-betul mencabar aku?!” arah Salwa yang angin dengan tiba-tiba.
Fazry Kamal buat selamba malah dia tidak terkejut langsung dengan arahan yang dikeluarkan penuh rasa geram itu.
“Puan Salwa Dato` Shamir isteri kepada Encik Rashid Dato` Sri Ryzal yang juga merupakan madu kepada Puan Nur Zarina Binti Hasri... dengar sini baik-baik ya...” Fazry Kamal mula bersuara serius. Salwa mula cuak melihat wajah Fazry Kamal yang sudah berubah merah. “Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau telah kau lakukan saat kau belum memiliki Encik Rashid itu,”  kata Fazry Kamal.
“Apa? Apa yang kau tahu? Kau takkan pernah tahu apa-apa!”
“Kau berkahwin dengan Rashid kerana kau nak balas dendam pada Zarina? Betul kan? Tapi memang betul kerana kau begitu bodoh Salwa... kau buat semua tu untuk menghancurkan hidup Zarina perempuan yang paling baik yang pernah aku kenal. Kau lupa yang aku sudah lama mengetahuinya. Kau buat kerja kotor Salwa... kau bomohkan Rashid supaya tergila-gilakan kau,”
“Kau tu yang bodoh! Jangan sesuka hati kata aku yang bodoh dan kau jangan fikir aku tidak tahu sejarah kau yang sudah memperkosa anak dara orang lepas tu kau tinggalkan. Bila-bila masa sahaja aku boleh beritahu mereka dan menghubungi pihak polis. Kerana kau budak perempuan di kolej kau tu mengalami tekanan perasaan. Kalau bukan Rashid yang tolong kau waktu tu jangan harap kau akan terlepas. Aku tahu Rashid tu bijak orangnya memerangkap housemate kau untuk jadi pak sanggup pada perempuan tu biarpun perempuan itu telah mati,”
Argh! Semua tu mana ada bukti!”
“Kenapa kau takut sangat?”
“Kau patut tahu yang kau sendiri dah jadi ayah! Anak kau pun dah besar!”
“Kau tipu! Kau jangan nak buat cerita. Budak tu dah mati dengan maknya sekali!”
“Aku tak ada masa nak tipu kau. Bila-bila masa sahaja ujian DNA boleh dilakukan ke atas diri kau untuk membuktikan bahawa kau adalah ayahnya. Kau tahu kan siapa perempuan yang menolak cinta kau tu?”
“Ia kesilapan aku!”
“Itu disengajakan! Kau telah memperkosa adik angkat Nur Zarina Binti Hasri. Dan aku akan pastikan kau akan mati dicekik oleh Zarina selepas ini kalau kau masih mempersoalkan hal aku. Mana kau nak pilih? Kau nak merahsiakan perkara ini atau aku pula yang akan mendedahkan siapa kau yang sebenarnya? Walaupun kes itu sudah tujuh tahun berlalu aku fikir mereka tak akan lupakan sejarahnya. Aku dengar pak sanggup tu akan balik ke Malaysia bersama anak tu walaupun perempuan tu dah lama mati. Kau tak rindukan anak kau ke?”
Terdiam Fazry Kamal mendengar ungkapan yang disuarakan oleh Salwa ketika ini. Semua perkara diketahui oleh perempuan itu berbanding dirinya yang sebentar tadi mahu mengugut Salwa akhirnya dia sendiri yang terbungkam tanpa kata-kata.
Fazry Kamal telah terperangkap. Benar-benar telah terperangkap dan dia sudah tidak dapat bercakap apa-apa lagi. Barangkali dia selayaknya menjadi boneka digerakkan ke sana ke mari. Dikawal setiap penjuru. Itulah kesilapan lampau Fazry Kamal mencintai orang yang tidak mencintai dirinya. Maka dia telah melakukan satu dosa besar namun dia sudah bertaubat kepada Tuhan. Semoga Allah menerima taubatnya.
Memang selama ini di diburu kekesalan. Kesal yang teramat dalam dan kini menjadi parah tatkala Salwa telah membangkitkan segala-galanya. Maka dia terpaksa beralah dan hanya perlu menurut sahaja. Barangkali inilah dugaan hidupnya di atas dosa-dosa silam yang pernah dia lakukan kerana terlalu mengikutkan hawa nafsu. Kesilapan itu telah diambil kesempatan oleh orang lain demi kepentingan peribadi sendiri.
Dia juga kesal dengan sikap Rashid yang tidak merahsiakan semua itu. Kenapa harus diceritakan kepada Salwa? Sekarang apa sudah jadi? Barangkali Rashid sudah dikawal jiwa dan raga oleh Salwa dengan ilmu hitam. Ilmu yang salah di sisi hukum hakam Agama Islam. Tambah pula dinding hati Rashid lemah imannya dan terlalu tipis maka mudah ditembusi oleh anasir yang tidak baik.
Share this Article on :

5 comments:

blinkalltheday said...

ooo, mcm tu rupenye kisah diorg berempat ni..sooo complicated, xtau nak ckp cemane..

hana_aniz said...

pehh.. gila! tolong lah bagi hero lain utk zarina. huhu

S. said...

hero lain pleaseeeee.....!!!!tapi...rashid kena guna2...huhuhu...Zarina!!! Guna2 balik si salwa mereng tu!! kah3...lawak je!Mike...keep it up!!

fahizal azron said...

menyampah............

Amira Atiya said...

ooooooo..
sepuk laju2 diorng nih..

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.