Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 17)

Friday, April 1, 2011

Berikan masa untuk berfikir maka itulah ruang yang ada hanya sesaat cuma. Sepantas itukah yang perlu Fazry Kamal berikan jawapan? Sukar untuk menyakinkan keputusan. Di manakah jalan pulang sekiranya terjebak? Susah untuk  berpatah semula. Rashid tidak peduli. Sekiranya sudah bergelar kawan maka susah atau senang Fazry Kamal wajib menolongnya.
Fazry Kamal memandang Rashid lama. Rashid mengerling mata. Selepas itu dia membulatkan biji mata berjongket bahu dan menjuih bibir inginkan jawapan dengan kadar segera tidak mahu dilengah-lengahkan lagi. Pendek kata Rashdi tidak mahu menunggu sampai esok. Rashid inginkan sekarang juga. Fazry Kamal mesti tolong tanpa bertapi-tapi lagi kerana Rashid pasti akan mengungkit kisah lama.
Sekiranya perkara lama atau sejarah silam diungkit kembali maka Fazry Kamal tidak berpeluang lagi untuk mengelak. Sudah pasti Fazry Kamal akan terperangkap. Rashid tiada pilihan lain lagi memandangkan Fazry Kamal seakan mengelak.
“Kau nak tolong ke tak nak? Lama sangat berfikir ni kenapa? Kau kena ingat siapa yang tolong kau masa dekat kolej dulu...?” akhirnya Rashid telah melakukan cubaan menggugat pendirian Fazry Kamal.
“Kau ni tak habis-habis nak mengungkit. Asyik-asyik perkara tu juga kau nak perangkap aku kan?” Fazry Kamal memang tidak berpuas hati.
Rashid masih menunggu.
Fazry Kamal mengeluh kasar.
Aih... macam kesal sahaja?”
No-lah,”
Fazry Kamal menyedut minuman jus oren selepas makan tengah hari. Perut yang lapar sudah kenyang. Rashid juga menyedut minumannya sampai habis sambil menoleh ke kanan sekilas. Dia kemudiannya memandang Fazry Kamal sekali lagi. Waktu beredar pantas dari tadi sampai sekarang perbincangan berlangsung memang menjengkelkan kerana Fazry Kamal sudah menggelabah.
“Kenapa kau suruh aku?”
“Kau sahaja yang layak...”
“Tak ada orang lain lagi ke?”
“Hanya kau...”
“Aduh...”
Fazry Kamal menggaru telinga yang tidak gatal. Susah hati nampaknya. Rashid sungguh melampau. Kenapa perlu melibatkan Fazry Kamal dalam soal rumahtangganya? Sepatutnya Rashid mesti berdikari bukannya susahkan orang lain begini.
“Apa yang kau fikirkan lagi ni?” Rashid bertanya lagi. Masa makin berlalu. Orang lain yang telah siap makan sudah beredar. Mereka berdua terlalu lama di situ.
“Nantilah aku berikan jawapan...” Fazry Kamal sudah tidak boleh berfikir lagi. Kusut jadinya kerana secara tiba-tiba Rashid meminta pertolongan cemas.
“Sekarang juga!” bantah Rashid.
“Baiklah tapi kau kena jawab pertanyaan aku dulu,”
“Apa dia,”
“Semalam tu kenapa?”
“Apa?” Rashid tanya semula.
Fazry Kamal mengumam geram. Bosan pula dnegan sikap Rashid tonjolkan. Kebiasaannya Rashid akan menjawab dengan mudah tapi sekarang terlalu banyak pula tutur bicaranya yang menyakitkan hati.
“Hal semalamlah,”
“Tembak saja aku ni,” acah Rashid.
“Aku tak sebodoh tu, tapi aku rasa kau ada perkara sembunyikan daripada aku berkenaan hal kereta semalam tu. Boleh kau cerita secara terperinci?”
Of course. Aku akan cerita asalkan kau selalu dengan aku dan kau akan beri kerjasama pada aku. Semua benda akan aku cerita,” balas Rashid pula.
“Jadi sekarang cubalah kau ceritakan. Ak teringin juga nak tahu. Kalau kau cerita pada aku mengenainya aku janji aku akan berikan jawapan secepat mungkin tapi terpulang dekat kaulah jika kau mahu berterus-terang dengan aku atau pun tidak,” Fazry Kamal mahukan kepastian tentang hal yang paling menyakitkan hati setelah dihalau keluar dari kereta. Pagi tadi tidak sempat berbual panjang kerana sudah masuk waktu pejabat.
“Baiklah...” Rashid menarik nafas dalam-dalam.
Rashid diam pula.
“Nak cerita ke tak nak?”
“Aku tengah fikir ni,”
What?” Fazry Kamal rasa panas hati.
Rashid buat wajah selamba sahaja kononnya tiada apa-apa yang berlaku sedangkan hal semalam itu juga telah menyakitkan hatinya bertambah pula hal pagi tadi di bengkel kereta itu. Sungguh bengang di hati, Tuhan sahajalah yang tahu.
“Kau tahu ke mana aku nak ajak kau semalam?”
“Jawab pertanyaan aku dulu,”
“Aku nak jawablah ni kau sudah menyampuk,”
“Kau tanya aku pada perkara yang aku sendiri tidak tahu. Berkali-kali aku tanya kau nak bawa aku ke mana?”
Mereka berdua bersoal jawab hingga memeningkan kepala. Hakikatnya perkara itu sangat mudah tetapi sengaja dirumitkan. Terutamanya Rashid memang gemarkan kesukaran. Baginya perkara yang sukar itu adalah mencabar namun sampai suatu ketika dia juga yang susah.
“Aku nak bawa kau ke bengkel,”
“Baiki kereta kau tu ya? Dan kau berlumba kereta tu macam orang tak ada akal semalam tu kenapa?”
“Kalau kau nak tahu, kereta KIA Spectra itulah yang aku langgar,” balas Rashid.
“Oh, barulah aku faham. Jadi kau tidak puas hatilah ni ya? Kau yang langgar dia tapi kau yang tidak puas hati ni kenapa?”
“Lelaki tu macam kurang ajar sangat mahu aku tak naik angin?” balas Rashid dengan nada kurang senang.
“Kalau dia kurang ajar tahu pula kau marah... habis kau tu kalau kurang ajar tak ada pula orang lain nak marah ya?”
“Kau marah aku ke?”
“Kau nampak aku sedang ketawa ke?” Fazry Kamal membalas dengan pertanyaan juga.
Rashid mual bercakap dengan Fazry Kamal yang juga tidak mahu mengalah. Masing-masing mahu menang seperti sedang mengikut pertandingan bermain catur sahaja memikirkan cara bagaimana untuk mengalahkan pihak lawan? Memandangkan Rashid begitu sikapnya maka Fazry Kamal tidak mahu Rashid terus naik kepala.
Rashid faham benar dengan sikap Fazry Kamal namun dia tahu kelemahan Fazry Kamal iaitu akan tunduk dengan wang. Dari dulu lagi Fazry Kamal selalu dipancing dengan wang ringgit. Sangat mudah. Rashid tidak ada masalah dalam soal itu. Baginya wang tiada mendatangkan kesulitan. Petik jari sahaja wang terbang melayang datang kepadanya. Anak orang senang, kaya dan semuanya ada. Apa yang nak disusahkan? Dia anak tunggal. Anak tunggal biasanya apa yang dimintanya pasti akan ditunaikan.
“Kau ni mudah sangat nak marah aku kan? Sebelum ni bukan main lagi suruh aku pergi jumpa dengan pakar khidmat kaunseling tu seakrang kau pun sama suka marah-marah. Elok kau sahaja yang pergi memandangkan penyakit kau pun bertambah serius,”
“Kenapa aku pula Rashid? Bukankah kau yang terlalu dan teramat dan tersangat-sangat tertekan? Kalau tidak, kau pasti akan terus mengelak dari berjumpa dengan aku kan? So... aku dah tahu segala-galanya selepas kau bercerita dengan aku. Sekiranya kau beritahu aku awal-awal lagi mengenai hal rumahtangga kau tu pasti kau tidak akan pening seperti sekarang ni. Sepatutnya kau kena tanya aku dulu mengenai hal cinta kau tu. Maklumlah kalau bukan pada aku pada siapa lagi kau nak cerita kan? See... lambat laun pun kau akan cerita juga,” kata Fazry Kamal dengan penuh bangga kerana Rashid telah menceritakan hal tergantung.
Rashid memicit dahi sendiri. Semakin bingung dengan ucapan Fazry Kamal sebentar tadi. Perkara itu telah pun berlaku maka saat ini dia memerlukan persetujuan Fazry Kamal sahaja. Tidak perlulah Fazry Kamal meleret-leret dalam bercakap memuji diri sendiri walhal Rashid hanya perlukan jawapan ‘Ya, aku setuju’ itu sahaja dan yang lain adalah tidak penting.
“Kau sendiri pun belum berumahtangga maka aku fikir pendapat kau memang tak boleh pakai pun. Kalau betul pun kenapa sanggup buat lawak bodoh sampai suruh aku jumpa pakar tu. Itulah kesilapan besar kau dalam hidup aku,”
“Walaupun kau memang memerlukannya?” soal Fazry Kamal sambil bersandar. Lalu air minuman jus oren disedut sampai habis sambil diperhatikan oleh Rashid.
“Kau hanya menambahkan rasa marah aku sahaja. Kalau kau tidak suka membebel aku pasti tidak akan halau kau keluar dari kereta aku semalam. Selepas tu aku terus pergi hantar ke bengkel dan balik naik teksi sahaja. Sama macam kau juga kan? Naik teksi... so fair-lah kan?” Rashid mengimbangi hukuman sendiri.
Fazry Kamal sudah mula rimas. Tali leher dilonggarkan. Udara terus masuk menerobos dari leher kemeja. Rashid melihat gelagat itu.
“Okey macam inilah, memandangkan kau pun sebelum ni dah banyak tolong aku maka aku bersetujulah untuk tolong kau. Tapi kalau boleh kau kena bayar lebihlah... kerana tanggungjawab yang kau berikan pada aku ni besar... kalau aku kena cekup nanti habislah...” ucap Fazry Kamal meminta upah yang lumayan.
“Itu kau jangan risaulah... aku sudah sediakan duit untuk kau awal-awal lagi dan ini pendahuluan untuk kau sebanyak dua ribu ringgit dan bakinya selepas semuanya selesai, bagaimana?” Rashid menghulurkan sampul surat berisi duit kepada Fazry Kamal.
Fazry Kamal mencapai sampul surat yang diteletakkan atas meja oleh Rashid itu lalu dia melihat kandungan di dalamnya.
Original!”
Thank you,” balas Fazry Kamal sambil menguntum senyuman.
“Kau bersiap sahaja esok okey? Jangan lambat dan aku harap kau buat yang terbaik dan jangan sesekali kau malukan aku. Jika tidak siap kau. Aku boleh buat apa sahaja asalkan kau tak boleh berjalan lagi,”
“Kau ugut aku ke?”
“Itupun kalau kau belot,” balas Rashid mencerlung biji matanya tajam ke arah Fazry Kamal yang seakan terkejut mendengar ugutannya.
Fazry Kamal sudah pucat melihat wajah itu yang seakan mahu makan orang sahaja. Akhirnya wajah itu bertukar senyuman dan Rashid bangun lalu berjabat tangan dengan Fazry Kamal.
Mereka berdua terus berlalu dari situ dengan hilai tawa. Rashid dan Fazry Kamal melangkah bersama sampai ke kereta. Sebaik sahaja Rashid mahu masuk ke dalam perut kereta, Fazry Kamal yang berada di sebelah kereta sana itu berkerut dahi.
“Rashid!” panggil Fazry Kamal kerana ingin memberitahu sesuatu.
“Kita jumpa nanti,” laung Rashid sambil terus beradar dari situ. Rashid tidak memberi peluang untuk Fazry Kamal menyampai sesuatu kepadanya. Barangkali dia mahu cepat kerana dalam perbualan antara dia dan Fazry Kamal seawal tadi, dia menerima panggilan daripada seseorang. Barangkali panggilan dari Baby.
Share this Article on :

3 comments:

fahizal azron said...

erm..not bad,,,

Amira Atiya said...

dia nak buat amenda ni dengan fazry...

blinkalltheday said...

mesti nk pkul lelaki tu, kan??asal la rashid ni ea?lagi2, nak tau kisah rashid n zarina sekarang?bole perbanyakkan cerita ant diorg berdua??

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.