Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 16)

Friday, April 1, 2011

 Perubahan yang drastik sesiapapun akan dapat merasainya. Ia bukanlah satu perubahan secara perlahan-lahan tetapi mendadak memang menyentap jiwa dan memedihkan jalur rasa hingga patah tiang luhur hatinya. Sukar untuk dia berkata-kata menyatakan kebenaran yang sebenar pada orang lain. Bertambah susah hatinya bila mengenangkan setiap detik-detik yang berlalu.
Menjadi seorang perempuan sepertinya begitu naif dalam kasih sayang. Begitu terpencil dalam kurungan dan tersangat mendalam lukanya. Sedikit demi sedikit cintanya diragut dengan sikap dan sifat yang tiada pengertian. Zarina adalah satu-satunya menantu Dato` Sri Ryzal dan Zarina jugalah harapan keluarga mertuanya untuk memberikan mereka cucu.
Kemungkinan perkahwinan antara Zarina dan Rashid adalah sata kesilapan yang tidak terduga. Zarina teringatkan saat dan ketikanya mereka belum berumahtangga.
“Ina...”
“Ya Dato`,”
“Kahwinilah Rashid,”
“Dato`...”
“Ina sahajalah yang dapat mengubah sikapnya...”
“Dato`...”
Please...”
Zarina ketika itu tersentak atas permintaan itu. Kenapa dirinya yang perlu berkahwin dengan seorang yang terlalu tinggi darjatnya di dunia ini? Anak kepada seorang Dato` Sri dan bukannya calang-calang orang.
Kala pagi itu dia dikejutkan dengan permintaan majikannya sendiri. Zarina tidak mampu membalas permintaan itu seakan mempertaruhkan kebahagiaan yang belum tentu lagi di manakah letaknya. Dia tidak menyangka bahawa seorang ayah meminta orang gaji sepertinya berkahwin dengan anaknya. Seorang anak yang tidak dicintainya. Seorang lelaki yang suka berfoya-foya. Apakah lelaki seperti itu dia harus berkahwin?
Namun semuanya telah berlalu. Memang benar cinta itu buta namun adakah kerana terpaksa Zarina berkahwin dengan Rashid? Ada perkara yang membuatkan dia terpaksa menerima permintaan majikannya itu.
“Apa yang Ina menungkan lagi tu?” Zarina terkejut lamunannya berkecai. Air di dalam jag sudah melimpah. Cepat-cepat paip itu ditutup.
Zarina menoleh ke arah Mak Mah yang sedang memotong sayur. Zarina meletakkan jag air itu di tepi singki kerena sekejap lagi mahu dimasukkan ke dalam periuk oleh Mak Mah. Perlahan-lahan Zarina melangkah dan duduk di kerusi bersebelahan Mak Mah.
“Tak ada apa-apa Mak Mah cuma...”
“Teringatkan Encik Rashid?”
“Begitulah...” perlahan balas Zarina.
Mak Mah berhenti memotong sayur itu dan memandang Zarina lama. Zarina mencebik sedih. Hari-hari adalah duka. Har-hari tiada bahagia. Anggapan Zarina segalanya lenyap. Bagaimana untuk dia melangkah dalam meniti hari-hari yang mendatang selepas ini?
Tangan Zarina digengam oleh Mak Mah. Wajah yang tertunduk itu segera diangkat semua. Lelehan air mata terlakar di wajah. Merembes laju berderai-derai.
“Bagaimana dengan percutiaan tu? Salwa tidak beritahu di mana kamu semua akan pergi picnic?”
“Belum ada jawapan,” balas Zarina syahdu.
“Tak tanya dia?”
“Dia nak bincangkan dengan Abang Rashid dulu,”
“Sampai bila?”
“Tak tahulah Mak Mah... saya fikir masa picnic nanti boleh saya bersama dengan Abang Rashid. Saya rindu dengan kasih sayangnya Mak Mah...” Zarina tertunduk lagi lalu air matanya semakin laju. Tangannya lekas menyeka si air mata duka hati yang lara seorang perempuan batinnya terseksa.
“Cukuplah Ina... tiada gunanya Ina bazirkan air mata itu. Air mata itu tidak dapat memberi apa-apa makna buat Encik Rashid...”
“Air mata ini bukan untuknya Mak Mah...” balas Zarina.
“Untuk siapa?”
“Untuk diri saya sendiri yang menyesali perkahwinan ini,”
“Apa maksud Ina? Mak Mah tak faham,”
Zarina terdiam. Mak Mah ingin tahu tetapi Zarina diam membisu. Dia bangun dan buat-buat sibuk pula. Mak Mah memerhatikan sahaja gelagat Zarina seperti merahsiakan sesuatu. Mak Mah berasa Zarina barangkali tidak sudi berkongsi lagi.
Begitu sukar Zarina mahu meluahkan perkara sebenar pada Mak Mah. Memang segala-galanya yang berkaitan dalam rumahtangga Mak Mah tahu tetapi hanya selepas dia berkahwin dengan Rashid sahaja. Sebelum perkahwinan antara dia dengan Rashid Mak Mah tidak pernah tahu. Oleh itu dia tidak dapat bercerita bukan kerana dia tidak percayakan Mak Mah tetapi itu adalah kisah lama. Ia menjadi sejarah dalam hidup.
“Kenapa Ina? Ada apa-apa yang Ina nak beritahu Mak Mah ke?” Mak Mah bertanya lagi. Rasa ingin tahu memuncak setelah melihat kesedihan terpancar pada raut wajah Zarina. Zarina seperti mengelak sahaja.
“Mak Mah... ikan ni kita nak masak apa ya?” Zarina mengelak dan bertanya berkenaan ikan siakap di dalam singki itu pula yang sudah siap disiang.
“Kita bakar buat tiga rasa,” balas Mak Mah.
Best juga kerana dah lama saya tak makan ikan bakar tiga rasa,”
“Rasa dalam cinta pun begitu juga Ina... semua ada cuma kena berani menelannya. Kadangkala yang pahit umpama peria itulah yang akan mengajar kita erti kehidupan,” sempat lagi Mak Mah bermadah.
Lambat-lambat Zarina menoleh pada Mak Mah yang sedang duduk. Mak Mah menyambung memotong sayur itu lalu memandang ke arah Zarina sekilas.
“Mak Mah... katakan cinta itu hanya dusta dan ia tidak wujud, apa akan jadi?” Zarina bertanya akan pendapat Mak Mah. Saling berbincang itulah yang penting. Ingin mencari jawapan maka cara begini adalah yang terbaik.
Mak Mah berhenti lagi dari memotong sayur.
“Musnahlah dunia ni,” balas Mak Mah memandang Zarina.
Zarina menarik nafas dalam-dalam.
“Kenapa?” soal Zarina lagi.
“Tanpa cinta kita semua tidak akan ada di dalam dunia ini,”
“Cinta selalu menyeksakan,”
“Tidak,” Mak Mah mempertikaikan jawapan Zarina. Mak Mah harus memperbetulkan kesilapan dalam tanggapan itu. Ia adalah sangat merumitkan tatkala berdebat dalam soal cinta. Cinta bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperkatakan. Bagi yang memahaminya pasti mengerti. Bagaimana jika mereka yang sering menyalahkan cinta? Seperti Zarina ketika ini, dia sudah terasa goyah. Mungkinkah begitu?
“Kita kan perempuan maka hati kita dengan mudah dirobek dan dicarik sesuka hati, benar kan begitu Mak Mah?”
“Itu ujian,”
“Walaupun kita teguh mencintai?”
“Tepat sekali kerana cinta yang suci lahir dari hati. Percayalah kata Mak Mah ni bahawa setiap perbuatan itu ada pembalasannya asalkan Ina sentiasa teguh dalam cinta. Suci dalam hati biarpun berdebu namun ia masih sempurna. Ina kena yakin dengan kemampuan Ina. Kita orang perempuan bukannya lemah. Kitalah sebenarnya kekuatan bagi lelaki. Seorang lelaki itu akan lemah tanpa kita. Begitu juga dengan lelaki. Tuhan sudah menciptakan kita pelbagai rupa dan bangsa untuk saling kenal maka kita mesti kenal orang yang kita sayang. Dalam banyak-banyak bintang di langit pasti ada cahaya yang paling terang. Katakanlah itu adalah diri kamu Ina... jangan sia-sia cahaya cinta yang ada di dalam diri kamu tu,” ucap Mak Mah mengharapkan Zarina dapat memahaminya.
Tidak mudah bagi Zarina menghancurkan cintanya yang terbina dari seurat benang kasih. Tercipta dari kesucian hati dan keluhuran budi. Bukankah itu yang sepatutnya dia terima? Cinta yang tulus? Zarina ingin cinta seperti itu namun dia merasakan ketulusan di hati Rashid telah hilang. Apakah dia perlu meleburkan ketulasan hati untuk menyayangi Rashid? Hatinya mungkin akan goyah setelah bintang yang bersinar itu akan kelam cahayanya.
“Tapi Abang Rashid telah mengecewakan Ina, Mak Mah...”
“Jangan Ina cakap macam tu,” Mak Mah terus bangun dan mendapatkan Zarina lalu dipaut lembut bahu Zarina. “Encik Rashid tu barangkali ada masalah dengan kerjanya,” ucap Mak Mah.
“Setelah apa yang berlaku semalam dan hari ini? Ada masalah dengan kerja pun sampai sanggup mabuk-mabuk? Apa yang dirunsingkan sangat sampai perlu mabuk macam tu? Dan kenapa saya yang harus menjadi mangsa? Mana pergi janji-janjinya sebelum ni? Mak Mah... Abang Rashid pernah berjanji dengan saya bahawa dia tidak akan pernah mengasari saya,” balas Zarina yang sudah muka sebak. Wajahnya mula kemerahan menahan tangisan yang bakal mengundang. Bertubi-tubi pertanyaan diajukan kepada Mak Mah.
Mak Mah menggeleng perlahan.
“Ina perlu selidik...”
“Bagaimana Mak Mah? Setiap kali saya bertanya pasti saya akan disalahkan. Apa semua ni Mak Mah? Apa salah saya? Dia janji macam-macam dengan saya tapi akhirnya macam ni juga malah bertambah teruk. Saya tak pernah tahu kalau dia suka mabuk. Saya tak sangka Mak Mah dia sanggup meneguknya,” Zarina kesal.
“Mak Mah faham... Encik Rashid tidak seharusnya berbuat sedemikan kerana kita orang Islam. Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk kembali ke jalan yang benar. Insya-Allah Ina... selagi Tuhan sayangkan kita, Tuhan akan lindungi kita... tidak bermakna Tuhan itu tidak sayang pada kita apabila kita menerima banyak ujian. Tuhan sayangkan setiap hamba-hamba-Nya. Dengan cara itu Tuhan menunjukkan kasih sayang-Nya,” balas Mak Mah pula.
“Saya juga berharap begitu Mak Mah...” lirih nada Zarina. Air mata yang ditahan tadi luruh juga.
“Sudah... berapa kali Mak Mah dah pesan, jangan bazirkan air mata itu. Sayangilah anak dalam kandungan tu. Apa kata doktor masa Ina buat pemeriksaan hari itu. Selama ni Ina tak pernah beritahu Mak Mah... bayi dalam kandungan itu lelaki atau pun perempuan?” Mak Mah menukar topik kerana tidak mahu melihat Zarina terus bersedih.
Zarina menggosok perlahan perut itu. Dia tersenyum melihat zuriat yang bakal dilahirkan nanti. Tidak sabar rasanya dia ingin melihat wajah comel anaknya nanti. Dia mahu berbincang dengan ayah kepada anak dalam kandungannya ini tentang nama yang patut diberikan namun si ayah pada bayi itu seakan tidak diambil berat. Sungguh tergores hati Zarina ketika ini.
Rashid tidak pernah ambil tahu sama ada bayi itu lelaki atau pun perempuan. Zarina sudah dimaklumkan akan jantina anak itu oleh doktor pakar. Zarina merahsiakan kerana dia mahu membuat kejutan pada suaminya. Mak Mah juga tertanya-tanya saat ini.
“Cakaplah Ina... Mak Mah nak tahu ni,”
Zarina tersenyum sahaja. Dia masih mahu merahsiakannya juga. Nanti apabila tiba saatnya semua pasti tahu jantina anak itu. Buat masa sekarang ini biarlah rahsia. Mak Mah mengetap lembut bibir tatkala memandang Zarina yang baru tersenyum bila berbicara soal kandungannya itu.
“Ina...” Mak Mah memujuk.
“Rahsia...” balas Zarina tersenyum-senyum.
“Dengan Mak Mah pun nak berahsia... tak apa nanti Mak Mah akan tahu juga bila tengok pakaian bayi nanti...”
Apabila teringatkan soal pakaian bayi dan juga kelengkapan yang perlu ada, wajahnya serta-merta berubah. Wajah sugul jelas terpamer. Zarina terkedu. Benar-benar jantung mahu berhenti berdetak.
“Ina kenapa ni?” Mak Mah bertanya.
Sudah jelas di sini bahawa semua itu belum lagi ada. Semua kelengkapan belum lagi dicari di saat kandungan Zarina sudah berusia lapan bulan itu. Malang sungguh nasib dirinya. Tidak mampu rasanya untuk dia berbohong lagi di saat Datin Delaila juga pernah bertanya mengenainya. Apa yang dia katakan adalah segala kelengkapan itu sudah pun ada. Malah alat-alat permainan juga sudah dibeli Mengapa dia harus berbohong begitu? Zarina mahu mertuanya sentiasa bersangka baik pada Rashid. Biarlah dia menutup semua kesilapan Rashid dengan pembohongan dirinya.

Share this Article on :

1 comments:

Amira Atiya said...

zarina sabarlah ye... kuatkan semangat mu..hehhe

*over aku ni

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.