Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 15)

Friday, April 1, 2011

Rashid masih tersengih sendiri di saat ini. Tidak disangkanya pagi tadi sewaktu di warung, Fazry Kamal ada di situ siap memperli dirinya lagi. Mujurlah Fazry Kamal tidak tembak dirinya sahaja. Maklumlah Fazry Kamal barangkali berhajat hendak menembak dirinya setelah apa yang dia lakukan semalam. Tapi tidak mengapa kerana tengah hari nanti dia dan Fazry Kamal nanti akan bertemu lagi di Restoran Mikael Nasi Kandar. Di situ dia mahu membincangkan tentang apa yang direncanakan.
Segala yang dirancang mestilah berjalan dengan baik. Maka perjumpaan kali ini dia mahu mengambil kesempatan itu untuk berbincang dengan kawannya itu mengenai sekian hal.
“Kereta encik dah siap, encik nak ambil sekarang ke?”
“Habis tu kalau dah siap you nak I tinggalkan kereta dekat sini ke?” begitu egois sekali jawapan Rashid.
Mekanik itu makan hati dengan jawapan itu namun mekanik itu masih menghadiahkan senyuman sebagai tanda terima kasih kerana sudi menghantar kenderaan itu untuk dibaiki.
Rashid memang kurang suka dengan soalan yang agak kurang relevan maka dengan itu dia agak kurang berkenan di atas pertayaan mekanik itu. Sudah sedia maklum, kereta itu adalah kepunyaannya jadi untuk apa ditanya lagi? Rashid tidak suka dengan sikap sedemikian kerana dia hanya merasakan dirinya sahaja yang betul dan orang lain adalah salah.
“Nasib baik aku tak khianat kereta kau...” desis mekanik itu.
“Apa yang you cakap?”
“Tak ada apa-apa saya cuma kata kereta encik ni lawa,”
“Memang lawa pun, tak payah cakap lagi, terima kasih,” balas Rashid.
Rashid mengambil anak kunci yang dihulurkan oleh mekanik itu tapi mekanik itu seakan mencabarnya sahaja dengan memegang kemas anak kunci keretanya.
“Rokiah!” tidak semena-mena ada orang menjerit dari dalam memanggil mekanik itu.
Ish orang tua ni! Berapa kali aku suruh panggil nama aku Roy! Rokiah juga dia panggil!” Roy membebel kerana nama betulnya disebut-sebut.
“Nama dah cantik suruh panggil nama yang pelik-pelik pula,” tegur Rashid sambil menjuih bibirnya ke arah mekanik perempuan yang lasak itu.
Anak kunci itu disentap kuat oleh Roy hingga terlepas dari pegangan Rashid. Roy mencerlung biji mata benar-benar tidak puas hati.
“Suka hati akulah yang kau nak sibuk kenapa?”
“I cuma beritahu sahaja,”
“I-you I-you! Nak termuntah aku dengar,” perli Roy yang tidak peduli dan tidak hairan siapa pun Rashid. Roy merasakan Rashid tidak berhak mencampuri urusan peribadinya.
“Kalau you nak termuntah sekali pun jangan nak muntah tepi kereta I okey!” Rashid melawan balik kata-kata itu kerana Roy memang tidak menghormatinya. Roy terlalu biadap dan Rashid tidak pernah sedar bahawa dia pencetus amarah orang lain.
“Pakai kereta mewah dah nak berlagak. Ingat aku hairan apa? Entah-entah pengedar dadah! Blah lah wei!” bentak Roy dengan penuh emosi. Kunci ditangan dilemparkan.
Rashid memandang anak kunci keretanya yang dilemparkan masuk sampai longkang. Rashid sudah mula naik angin. Rasa ingin ditempeleng sahaja pipi si Roy itu.
“Kau ni dah lebih...”
“Boleh pula tak pakai I-you I-you! Mesti SPM dulu tak lepas ni!” sindir Roy lagi.
Rashid menahan marahnya. Kalau dia ikutkan lagi rasa amarah itu pasti dia akan naik tangan. Dia cuba bertahan semampu yang boleh. Inilah pertama kali dia berhadapan dengan sikap perempuan lasak seperti Roy.
“Rokiah!” sekali lagi nama itu dipanggil.
“Pergilah! Orang tua kesayangan kau dah panggil tu!”
“Diamlah!” bentak Roy.
Aik! Aku pula yang kau suruh diam? Mulut kau tu patut kena sumbat dengan spanar saja  lagi bagus. Kalau ada sepuluh lagi pekerja macam kau dekat bengkel ni, aku rasa lingkuplah perniagaan bos kau tu,”
“Ada aku kisah ke?” Roy terus beredar.
Rashid bercekak pinggang. Bengang sungguh dia dengan perempuan itu. Lagak seperti lelaki dan perangai pula memang begitu. Rashid mengumam geram lalu dia melangkah mendapatkan anak kuncinya.
“Argh!!” bertambah bengang dirinya apabila mendapat anak kuncinya itu masuk dalam air longkang yang sangat kotor.
“Perempuan ni memang nak kena,” dendam Rashid.
Dia menoleh ke kiri dan kanan lalu dia terlihat pemutar skru tidak jauh darinya maka dia mencapai alat berkenaan untuk diangkat anak kunci keretanya dari dalam longkang itu. Usai dia mendapatkan anak kuncinya, dia melangkah pula ke paip air untuk membasuhnya. Dalam hati Rashid benar-benar panas. Gunung berapi di dalam hatinya itu bagaikan ingin meletus sahaja. Jika perempuan itu masih mengujinya maka siaplah.
Rashid terlihat sebuah skuter biru gelap. Dia yakin itu adalah skuter perempuan itu dan apa ditunggu lagi dia pun terus mendekatinya. Dia menoleh kiri dan kanan untuk memastikan bahawa tiada sesiapun yang melihatnya biarpun keadaan jalan raya di hadapannya sesak. Mudah-mudah pemutar skru ada ditangannya digoreskan pada skuter itu.
Biarpun Rashid sudah berusia dua puluh lapan tahun dan sudahpun berumahtangga sikap itu tidak dapat dibuang dari dalam dirinya. Selagi mana dia tidak puas hati selagi itulah dia akan lakukan perkerjaan yang tidak elok dipandang orang. Dia berasa puas bila sakit hatinya berbalas.
Sejurus dari itu dia kembali semula ke arah keretanya. Dia buat-buat tidak ada apa-apa yang berlaku. Perempuan itu kembali lagi dengan wajah tidak puas hati. Berkerut-kerut dahinya.
“Hei orang kaya! Bos aku panggil kau buat bayaran dekat dalam,” ucap Roy.
“Janganlah kasar-kasar macam ni, tak manislah...” lirih nada bicara Rashid yang berpura-pura itu.
“Apa aku peduli,”
“Tengok tu... saya minta maaf okey kalau saya bersalah,”
“Memang kau bersalah pun dan aku takkan akan maafkan kau,” marah Roy berpeluk tubuh.
“Okey macam ni, apa kata saya belanja awak makan, nak?”
“Ni apahal tiba-tiba baik dengan aku ni? Tadi bukan main biadap sekarang nak tunjuk baik. Aku tak makanlah duit haram kau tu,”
“Mana ada duit haram... saya kerja halal... saya bukan seperti yang awak sangkakan,” Rashid cuba memujuk dan Rashid memang manis dalam berkata-kata dan mampu mencairkan hati perempuan yang digodanya namun tidak semua perempuan dia boleh buat seperti itu.
“Aku tak laparlah duit kau tu wahai orang kaya. Aku ada duit sendiri dan kalau aku lapar sekali pun aku  masih boleh suapkan makanan ke mulut aku sendiri,” balas Roy.
“Janganlah macam tu,”
“Sudahlah! Kau pergi buat bayaran lepas tu kau blah dari sini. Aku menyampah tengok muka kau ni,”
“Baiklah... memandangkan awak dah benci dekat saya, apa boleh saya buat. Itu hak awak. Saya cuma nak tebus kesalahan saya sahaja,” ujar Rashid pemutar skru disorokkan di belakang tubuhnya. Dia tidak sempat meletakkannya semula gara-gara perempuan itu tiba lebih dulu.
“Cepatlah!” tegas Roy yang kemudian pergi ke arah kereta yang lain untuk dibaiki.
Dengan perlahan-lahan Rashid meletakkan semula pemutar skru itu setelah Roy tidak melihatnya. Maka dia terus meluru ke pejabat bengkel itu untuk membuat bayaran. Tidak lama selepas itu Rashid selesai membuat bayaran dan dia ingin beredar dari situ. Sempat lagi dia melambaikan tangannya pada Roy. Perempuan itu hanya mengangkat penumbuk padanya. Rashid tersenyum dan mengenyit mata. Roy jelirkan lidah pula.
‘Baru padan dengan muka kau! Suka-suka sakitkan hati aku. Kau tak tahu aku siapa? Akulah anak tunggal Dato` Sri Ryzal! Jangan main-main dengan aku nanti buruk padahnya,’ detik hati Rashid dengan penuh bangga.
Rashid membuka pintu keretanya lantas dia masuk kedalam perut keretanya. Dia menurunkan tingkap cermin kereta Nissan Skyline itu lalu melambaikan tangannya sekali lagi.
“Sayang... abang balik dulu ya?” kata Rashid dengan kuat.
“Yalah abang... hati-hati ya, lain kali jangan datang lagi,” jerit Roy dengan penuh rasa menyampah.
Rashid sungguh pandai berpura-pura. Berlakon baik dengan tiba-tiba. Menciptakan watak dengan penuh sempurna. Dia pu beredar dari situ dengan rasa puas hati. Hatinya puas setelah dapat membalas dendam itu.
Radio di dalam kereta dipasang kuat-kuat. Dia ikut bernyanyi bersama-sama dengan lagu yang sedang dimainkan di corong radio itu.
Sekiranya ada yang melawan kata-katanya maka begitulah nasib orang itu. Tidak dapat orangnya, harta benda pula menjadi mangsa. Di zaman kanak-kanaknya lagi memang Rashid nakal. Ketika dia di kolej juga dia begitu. Sikapnya langsung tidak berubah. Dia juga geramkan Fazry Kamal yang suka menyindirnya. Hal Fazry Kamal yang meminta dirinya berjumpa dengan pakar kaunseling dan terapi itu pun masih tersemat dalam hati. Rashid memang mengambil serius dalam hal yang remeh. Namun begitu, hal berkaitan sikap amarahnya itu mesti dibendung. Jika tidak akan menjadi-jadi. Kalau dia tidak menolong dirinya sendiri siapa lagi?
Rashid tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana dia mudah melenting dan tidak  memahami perasaan orang lain. Perkahwinan dia dengan Zarina bagaikan satu kesilapan. Selama dua tahun itulah dia berpura-pura menahan rasa marah. Dia memang mencubanya namun setakat itu sahaja dia mampu bertahan dan akhirnya dia sendiri yang melakukan kesilapan yang serupa iaitu menyalahkan takdir dalam cintanya, takdir jodohnya dan takdir hidupnya.
“Sebagai seorang suami, dia mestilah menjalankan kewajipannya pada si isteri bukan sahaja dari zahirnya tetapi juga batinnya. Seorang isteri yang menyayangi suaminya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan suaminya dan tidak pernah lupa berpesan pada kebaikan begitu jugalah dari suami kepada isterinya. Kunci kebahagiaan rumahtangga adalah dari kesefahaman dan keserasian namun jika semua itu telah lenyap maka jalan penyelesaian terakhir adalah penceraian namun penceraian adalah tidak digalakan dalam agama.
Sungguh pun begitu, jika penyelesaian terbaik bagi kedua-dua belah pihak adalah penceraian maka terpaksalah juga mereka bercerai setelah kejernihan dan kebahagiaan itu tidak dapat diraih lagi,” Rashid terdengar ucapan itu dari radio yang dipasangnya. Entah bagaimana tangannya cepat mematikan siaran radio berkenaan. Dia berasa cuak pula mendengarnya.
Masihkah ada sayang dari Rashid untuk Zarina walaupun sekelumit? Tegarkah Rashid menceraikan isterinya nanti setelah anak di dalam kandungan itu selamat dilahirkan? Rashid menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan.
Share this Article on :

4 comments:

hana_aniz said...

teruknya perangai rashid ni.

dieya_solehah said...

rashid nie...klu dah tau lowm bsedia nak kwin..jgn la kwin..buat org lain tseksa jak...cian zarina

blinkalltheday said...

huh rashid, ape masalah awk sebenornye ni???

Amira Atiya said...

rashid ko nak kena tembak dengan senapang gajah ke...

kenan dengan watak Roy tu...

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.