Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 12)

Friday, April 1, 2011

Bertambah geram dia melihat lelaki di hadapannya ketawa mengekek hingga tidak langsung memikirkan perasaan marahnya ketika ini. Memang sudah begini nasibnya mendapat kawan seperti itu tetapi salah siapa? Bukankah dia yang sering menyalahkan orang lain? Saat ini pula dia sendiri yang terperangkap. Bagaimana Fazry Kamal yang berada di hadapannya tidak ketawa? Memang ketawa sakan nampaknya.
“Itulah kau Rashid, yang kau pergi langgar kereta orang tu buat apa? Tak pasal-pasal Skyline kau pula yang cedera. Nasib baik kereta yang cedera, kalau kau yang cedera bagaimana? Siapa nak jawab?” Fazry Kamal menyambung gelak.
“Diamlah kau! Asyik ketawakan aku sahaja. Macamlah kau tu bagus sangat,”
Why not? At least aku tak memandu ikut perasaan,”
“Kalau benda tu nak jadi akan jadi juga,”
“Tahu pun kau, so bagaimana sekarang ni?”
“Apa lagi, kena repair!”
“Orang banyak duit tak susah pun kan? Cucuk saja terus boleh bayar,”
“Ni kau cucuk!” Rashid menunjukkan penumbuk pada Fazry Kamal.
Fazry Kamal memang suka gelak mendengar cerita Rashid berkenaan hal kereta itu. Mana tidaknya, orang yang bawa perlahan dia marah tambah lagi orang yang pandu KIA Spectra itu bukan calang-calang orang. Suka-suka sahaja salahkan orang lain.
“Sekarang ni kau temankan aku,”
“Ke mana pula ni?”
“Ikut sahajalah,”
“Tak! Aku ada kerja,”
“Jangan nak bagi alasan, waktu rehat kau masih panjang lagi so mari sini ikut aku!” Rashid memaksa Fazry Kamal untuk ikut dia bersama. Ke mana sahajalah mahu pergi?
Restoran itu ditinggalkan mereka maka Fazry Kamal meninggalkan kereta di situ kerana Rashid mahu kawannya itu ikut dengan keretanya sahaja. Kereta yang sudah cacat di bahagian bumper.
Hati Rashid masih panas lagi. Tengok wajah Fazry Kamal yang masih tersendih memperli dirinya itu seakan mengundang celaru. Biarpun begitu hanya Fazry Kamal seorang sahaja yang tahan dengan sikapnya. Kalau kawan-kawan yang lain jangan harap. Biarpun dia banyak wang sekalipun tetapi sikapnya yang panas baran memang selalu dihindari. Bukan mudah untuk menjadi seorang yang optimis.
Kereta Nissan Skyline kali ini dipandu perlahan sahaja. Mungkin langkah berjaga-jaga takut dilanggar mahupun melanggar. Bila sudah jadi begitu baru hendak berhati-hati. Dari awal tidak mahu memandu secara berhemah. Bak kata pesanan kerajaan, pandu selamat jiwa selamat.
Rashid insaf sesaat sahaja. Tiba di sebuah lampu isyarat dia main minyak. Pedal ditekan turun dan naik seakan mahu berlumba sahaja dengan kereta sebelah. Nampaknya kereta di sebelah itu juga main-main juga.
“Kau ni kenapa Rashid? Nak buat hal lagi ke? Kau jangan macam-macam,” Fazry Kamal sudah merasakan pelik. Wajah Rashid ditatap yang sedang tersengih-sengih itu.
“Kau ni banyak bising betullah, duduk diam-diam. Aku tengah bosan ni,” begitu pula balas Rashid.
Fazry Kamal sudah melonggarkan tali leher. Penghawa dingin di dalam kereta seakan tidak berfungsi sahaja. Rashid sudah mula bikin onar.
“Rashid! kau nak berlumba ke?”
“Diamlah!” larang Rashid.
“Jangan buat hal! Ni jalan raya!”
“Ada ke orang berlumba kereta dalam air?” sinis Rashid pula.
Fazry Kamal terdiam. Keadaan jalan raya yang sibuk itu diambil kesempatan oleh Rashid. Lebuhraya yang sesak itu  mahu dijadikan litar lumba pula. Berkali-kali Rashid menoleh ke arah kanan. Barangkali kereta di sebelah keretanya itu mahu dihambat sesuka hati. Kereta KIA Spectra itu memberi tindakbalas.
Lampu isyarat yang merah itu bertukar hijau maka gear satu dimasukkan dan pedal minyak ditekan rapat. Tersandar laju Fazry Kamal melihat keadaan itu.
Mereka terus memecut. KIA Spectra itu melucu laju ke hadapan. Kereta Nissan Skyline milik Rashid itu seakan ketinggalan namun akhirnya dapat juga mengejar rapat. Jalan raya itu bagaikan mereka yang punya. Keselamatan orang awam tidak diendahkan. Belok ke kanan dan ke kiri dengan begitu mudah. Lori besar di hadapan itu dipotong . KIA Spectra berwarna kelabu itu mendahului tidak lama selepas itu Nissan Skyline berjaya memotong KIA Spectra namun kejuaraannya hanyalah sia-sia kerena KIA Spectra membelok ke kanan.
Rashid ketawa puas. Fazy Kamal yang di sebelahnya menggelabah. Pucat wajahnya melihat sikap yang ditonjolkan oleh Rashid begitu kebudak-budakkan. Kenapa perlu berlumba?
“Dia ingat kereta dia tu bagus sangat ke?” perli Rashid.
“Kenapa dengan kau ni? Dengan kereta orang lain pun kau nak berlumba?”
“Kau tak perasaan buntut kereta dia tu?”
“Macam mana aku nak perasaan aku tengah berdebar ni, kalau kereta kau ni masuk bawah perut lori tadi bagaimana? Kalau kau seorang sahaja yang mati aku tidak kisah! Ini aku ada sekali,”
“Kau nak sangat ke aku mati?!”
“Tak adalah! Tapi kalau kau fikir diri kau sahaja tanpa kau perdulikan aku dekat sebelah kau ni yang berjuang sama ada hidup atau mati, mahu aku tak gelabah?” ujar Fazry Kamal berwajah pucat.
Calm down, Fazry. Ini cuma perlumbaan jalanan yang tiada bayaran,”
“Tapi kau mempertaruhkan nyawa!” Fazry Kamal mula marah dengan sikap Rashid yang mementingkan diri sendiri.
What?! I don’t care about that!”
You always say don't care, tapi perbuatan kau tu membahayakan org lain juga!” marah Fazry Kamal.
Rashid yang memandu tersentak dengan amarah Fazry Kamal yang langsung tidak menyokong dirinya. Rashid merencanakan sesuatu di dalam akalnya.

***

Dato` Sri Ryzal dan Datin Delaila baru sahaja pulang selepas dipelawa makan tengah hari bersama. Bermacam-macam perkara yang dibualkan termasuklah hal penjagaan bayi nanti. Hal perempuan hanya Zarina, Datin Delaila dan Mak Mah rancak berborak. Dato` Sri Ryzal terdiam sahaja tiada rakan untuk bercakap.
Setelah mereka telah pulang, Zarina memanggil Mak Mah. Mak Mah terus melangkah mendekati Zarina yang berada di sofa itu. Zarina kembali sugul setelah dia berpura-pura ceria di hadapan keluarga mertuanya. Bukan mudah baginya untuk melahirkan bahagia yang sebenarnya tidak wujud pada ketika ini. Sesuatu yang tidak enteng malah menyeksakan jiwanya. Biarpun dianggap cangkir yang cantik namun tiada madu di dalamnya. Pahit dan kusam terbina di hati. Madu merah cintanya disorok jauh oleh suaminya sendiri.
Lambat-lambat Zarina memandang Mak Mah yang telah melabuhkan punggung itu. Zarina pilu, Zarina sedih dan Zarina gundah. Semua itu terpancar di raut wajahnya ketika ini.
“Mak Mah...”
“Ya Ina...”
“Memandangkan mertua saya sudah mula merasakan pergolakan dalam rumahtangga saya, saya harap sangat Mak Mah jangan ceritakan apa-apa yang berlaku. Katakan tidak tahu. Tolong ya Mak Mah...” Zarina merayu pada Mak Mah agar rahsia ini jangan diheboh-hebohkan.
Mertuanya kita sudah sibuk bertanya. Zarina tidak mahu membebankan mereka kerana dia tahu Rashid adalah anak kesayangan mereka. Rashid adalah satu-satunya anak mereka. Zarina dapat merasakan betapa kasih dan sayangnya mertuanya pada Rashid. Selama ini Zarina tidak pernah mengadu apatah lagi memburuk-burukkan suami sendiri di hadapan mertua. Selama dua tahun perkahwinannya dengan Rashid, dia tidak langsung bercerita aib suaminya sendiri melainkan Mak Mah kerana Mak Mah telah tahu sendiri namun Mak Mah selama ini hanya mendiamkan diri sahaja.
“Mak Mah berjanji dengan Ina bahawa Mak Mah selalu dengan Zarina walau apa pun yang berlaku kerana Mak Mah tahu semua ini bukan salah Ina, selama dua tahun Mak Mah bekerja di sini, Mak Mah tidak pernah melihat Zarina mengkasari Rashid tetapi pagi tadi...” kata-kata Mak Mah terhenti di situ. Mak Mah sebenarnya sebak di dalam dada kerana mendengar pipi gebu Zarina telah ditampar oleh Rashid.
Dayuslah seorang suami seperti Rashid kerena memukul isteri. Satu tamparan hebat berlabuh di pipi Zarina yang tidak bersalah. Hanya menasihati suami sendiri menjadi satu kesalahan sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh Rashid jauh lebih besar dan menyalahi hukum Agama Islam.
Tangan Zarina diramas lembut oleh Mak Mah. Zarina telah menganggap Mak Mah seperti ibunya sendiri dan bukannya orang gaji. Hanya pada Mak Mahlah tempat dia mencurahkan rasa. Hanya Mak Mah yang mengerti ketika ini.
“Terima kasih Mak Mah...” lirih ucapan Zarina.
Mak Mah memaut bahu Zarina lantas dibawa ke dada. Kepala Zarina berlabuh di bahu Mak Mah. Zarina dapat merasai kasih sayang Mak Mah sebagai seorang ibu. Zarina terharu sekali dan tanpa diduga manik-manik halus di tubir mata luruh kembali.
“Jangan menangis lagi Ina... Mak Mah tak boleh tengok Ina menangis. Sekali Ina titiskan air mata, seribu kali Mak Mah merasai keperitannya,” pujuk Mak Mah.
Perlahan-lahan Zarina menyeka air matanya itu. Namun air mata degil itu tetap juga mengalir. Air mata pilu. Air mata sedih. Air mata terluka. Itulah air mata seorang isteri yang kecewa.
“Saya tidak dapat menahannya Mak Mah. Air mata ini tegar mengalir sedangkan saya telah cuba berkali-kali supaya jangan menagis. Semua ini bukan salah saya dan saya masih tertanya-tanya kenapa ini harus terjadi?” Zarina sebak air matanya luruh kembali.
“Ina kena yakin, Tuhan telah meletakkan Ina ditempat yang terpilih. Tempat yang suci iaitu dugaan hidup sebagai isteri. Selagi mana Ina tabah mengharunginya, selagi Ina redha, Tuhan telah pun menjanjikan Syurga buat isteri yang taat dan solehah,”
“Tapi Mak Mah... kebahagiaan seorang isteri adalah di sisi suaminya,”
“Suami yang beriman akan memimpin isterinya dan bahagia akan diraih juga hanya menanti waktu dan izin Allah sahaja, Ina. Zarina pimpinlah diri sendiri terlebih dahulu kerana isteri yang taat itu adalah isteri yang sentiasa mendoakan kesejahteraan suaminya. Seperti Ina... Mak Mah yakin Ina akan menemui kebahagiaan hidup Ina nanti setelah anak dalam kandungan Ina dilahirkan...” Mak Mah menggosok lembut bahu Zarina agar bertenang.
Zarina kehilangan kata-kata. Hanya air mata menceritakan segala-galanya. Sampai bilakah air mata ini akan bertukar kepada air mata kegembiraan? Zarina tidak pasti.
Share this Article on :

1 comments:

Amira Atiya said...

serius rasa nak sepuk si rashid ni. memang buang tabiat... kesian zarina

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.