Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 9)

Thursday, March 31, 2011

Wajahnya sayu, hatinya pedih terluka. Semakin lama semakin parah. Seringkali dihambat rasa yang menggores dada. Bagaimanakah caranya untuk dia kekal bahagia? Bagaimana dengan rasa yang bergulir sendu itu dapat dihapuskan?  Zarina kekal bermurung di dalam bilik bacaan. Entah apa yang menganggu fikirannya saat ini? Selepas menunaikan solat fardu Maghrib dia terbungkam di bilik itu. Novel yang di hadapan matanya dibelek sepi.
Fikiran Zarina menerawang jauh ke mana sahajalah terdamparnya kesepian itu? Darah merah yang berada di dalam tubuh seakan terhenti mengalir. Nafasnya tersekat-sekat. Akhirnya dia tidak dapat menahan sebak. Air matanya bergenang juga membasahi pipi hingga menitis ke atas novel itu. Tangisan hiba seorang isteri yang sepi dan terasa sangat berduka lara tiada sembuhnya lagi.
Sekilas dia memandang jam di hadapan meja itu. Sudah pukul lapan lima belas minit malam. Suaminya masih belum pulang. Ke mana sahaja suaminya pergi? Satu hari suntuk dia keluar hingga menjengah ke malam pula. Zarina bimbangkan Rashid. Fikiran Zarina tertumpu pada Rashid.
“Abang... kenapa abang seksakan jiwa raga saya bang? Apakah dosa saya hingga abang bertindak begini? Ampunkanlah segala kesalahan yang pernah saya lakukan pada abang tetapi abang, katakanlah kesalahan apakah yang pernah saya lakukan hingga abang menghukum saya sampai begini bang...?” lirih dan sayu nada Zarina berbicara sendiri setelah matanya yang bersinar itu memandang pula foto mereka berdua di atas meja itu. Foto perkahwinan mereka yang gilang-gemilang disambut penuh rasa teruja pada ketika itu.
Gambar suaminya berdua dengannya dipeluk rapat ke dada. Matanya dipejamkan serapat-rapatnya hingga air mata yang bergenang di tubir matanya itu terus luruh lagi. Tiada ucapan yang dapat melebutkan hatinya ketika ini melainkan ucapan sayang dan cinta dari suami. Sudah lama dia mahu mendengar ucapan sayang itu terpacul dari bibir suaminya. Sudah lama Zarina dahagakan belaian kasih dan sayang dari Rashid namun ia telah banyak berubah. Tidak lagi seperti dulu.
“Sayang... jaga diri baik-baik ya dekat rumah ni ya?”
“Ya bang... janganlah abang risau, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan abang. Tuhan pasti mendengar doa saya bang,”
“Sebenarnya abang risau sangat nak tinggalkan awak sendiri di rumah ni memandangkan awak sedang hamil....”
“Abang...”
“Iyalah... hai anak papa... tengok-tengokkan mama ya?” ucap Rashid sambil menggosok lembut perut Zarina.
“Apa abang ni pakai tali leher pun tak betul. Mari sini saya betulkan,” Zarina membetulkan tali leher suaminya. Dia berasa amat disayangi dan berasa kagum dengan suaminya sendiri yang bersikap romantis sekali.
Selepas itu dahi Zarina dikucup lembut. Kasih sayang seorang suami kepada isteri begitu bernilai. Zarina terharu sekali suaminya sentiasa mengucup dahinya.
“Ina...” kedengaran suara Mak Mah memanggil dari luar sambil pintu diketuk-ketuk. Lamunan Zarina berkecai begitu sahaja. Ingatannya pada perkara minggu sebelumnya itu benar-benar memberi kesan padanya. Bukannya dia tidak biasa ditinggalkan tetapi cara Rashid pada ketika itu begitu lain. Memang terasa sangat berlainan sekali.
Zarina terus bangun sambil menyeka air matanya sampai habis tidak bersisa lagi namun matanya yang merah itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Pintu bilik bacaan itu dikuak perlahan maka terpacaklah Mak Mah di situ. Wajah Mak Mah seakan sedang terkejut. Mak Mah nampak panik sahaja. Kenapa hal ini berlaku? Zarina juga ingin tahu.
“Ada apa Mak Mah?”
“Lebih baik Ina duduk diam-diam dalam ni. Kunci pintu ni rapat-rapat,” pesan Mak Mah dengan laju sekali.
Zarina kehairanan.
“Kenapa Mak Mah? Sebenarnya ada apa?”
“Dengarlah cakap Mak Mah ni, duduk dalam ni jangan buka pintu ni,” Mak Mah berpesan lagi dengan tegas.
Mak Mah menolak perlahan tubuh Zarina supaya berundur ke dalam lalu ditutup pintu itu. Mak Mah mahu Zarina berkurung di dalam bilik itu. Zarina sendiri tidak tahu kenapa? Barangkali ada baiknya dia mendengar cakap Mak Mah meskipun dirinya dihujani pertanyaan.

***

Ya Allah. Apa sudah jadi dengan lelaki bernama Rashid? Sungguh keterlaluan dirinya ketika ini. Sudah jauh berbeza dan memang dirinya bukannya lelaki yang dulu lagi. Lelaki yang jauh menyimpang. Mak Mah sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukannya.
“Pergi! Jangan pegang aku!” Mak Mah dilarang keras oleh Rashid.
“Kenapa dengan Encik Rashid ni?”
“Jangan banyak tanya! Pergi!” bentak Rashid dengan badan terhuyung-hayang tidak tentu arah. Sudah beberapa kali Rashid jatuh terjelepok ketika cuba menaiki tangga.
“Encik...”
“Aku kata pergi! Jangan menyibuklah! Oh sayangku di manakah dikau sayangku?” Rashid sudah terlalu mabuk. Mak Mah sudah tidak tahan dengan baunya.
Mak Mah menggeleng. Sungguh sedih melihat keadaan Rashid seperti itu. Tidak pernah Rashid berkelakuan tidak baik. Hari ini jelas terlihat semuanya. Rashid pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
Rashid menolak tubuh Mak Mah. Dia tidak mahu Mak Mah mendekatinya. Dia boleh berjalan sendiri. Keadaan Rashid sungguh tidak terurus. Mak Mah masih mencuba lagi tetapi Rashid tetap menghalang.
“Aku kata pergi! Kau ni tak reti bahasa ke?” tubuh Mak Mah ditolak kasar hingga Mak Mah terjatuh. Pembantu rumah yang jauh lebih berusia darinya itu mudah-mudah ditolak tanpa berperasaan.
Rashid memusnahkan hatinya dengan minuman keras. Minuman haram dan minuman yang tidak boleh diteguk walaupun setitik. Namun Rashid tegar. Tegar melakukan perkara yang ditegah oleh Allah.
Rashid memandang Mak Mah dalam keadaan yang terhuyung-hayang itu. Dia menudingkan jari telunjuk dengan penuh rasa marah.
“Hei perempuan tua, kalau kau nak kerja lama dekat sini kau jangan nak menyibuk! Aku tahu kau yang beritahu papa dan mama aku tentang keadaan keluarga aku. Kalau bukan kau siapa lagi? Zarina ke? Mana Zarina? Zarina!!” Rashid terpekik melaungkan nama Zarina.
Rashid terus memusingkan badannya dan cuba untuk menaiki tangga itu namun dia terjatuh lagi.
“Zarina... i love you Zarina... but you make me angry! Always Zarina! Always!!” tutur kata nada suaranya tidak seimbang.
Apakah sebabnya Rashid berkeadaan begitu? Kerana hal petang tadi? Dato` Sri Ryzal bertanyakan hal keluarganya? Mustahil sekali. Barangkali ada perkara lain yang lebih difikirkannya. Kenapa masih disimpan Zarina sebagai isterinya kalau sudah benci? Rashid masih mahu mensiat-siat hati Zarina.
“Sabar Encik Rashid,” Mak Mah yang baru sahaj bangun berani bersuara lagi.
Rashid menoleh ke arah Mak Mah dan dengan perlahan-lahan dia juga bangun mencerlung mata. Dibuka luas-luas mata yang sepet dan berat itu. Pandangannya kabur kerana terlalu mabuk. Beberapa kali dia tersedu baunya sungguh busuk.
“Kau diam! Jangan banyak bunyi!” marah Rashid.
Mak Mah sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang ini memandangkan Rashid sudah tidak waras dalam fikiran. Orang yang sedang mabuk sanggup lakukan apa sahaja kerana tidak dapat berfikir secara normal. Akal sudah dipengaruhi dengan kandungan yang mengkhayalkan itu.
Mak Mah terus kaku di situ. Terdiam dan tidak lagi berkata-kata. Mujurlah pesan sudah disampaikan kepada Zarina supaya berkurung sahaja di dalam bilik itu. Inilah yang amat ditakutkan oleh Mak Mah. Pembantu rumah ini bimbang sekiranya Zarina akan diapa-apakan.
“Zarina!! Abang balik ni sayang... mana kau sayang?!” sungguh tidak kasar bunyinya. Mak Mah pula yang takut.
Rashid menyusun langkah mahu naik ke atas. Hatinya tidak terteram maka ini pula jalannya. Jalan yang tidak terang menjadi pilihan. Jalan yang salah diturutkan. Kini kemungkinan besar Zarina menjadi mangsa amarah dilepaskan.
Mak Mah segera meluru ke stor lalu mencapai satu objek sebagai langkah berjaga-jaga. Mak Mah sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika ini jika keadaan bertukar cemas. Usai itu Mak Mah kembali semula lalu mengekori langkah Rashid itu.
Mak Mah mengambil penukul untuk mengetuk kuat kepala Rashid jika majikannya itu bertindak di luar kawalan. Memang itulah niat Mak Mah. Tiada apa lagi yang dapat Mak Mah fikirkan melainkan itu sahaja pilihan yang ada. Untuk mengambil pisau dia berasa takut juga seandainya majikannya itu mati begitu sahaja maka dia pula akan masuk penjara kerana membunuh.
“Zarina!” laung Rashid memanggil-manggil nama isterinya.
Tanpa diduga dia berada kepalanya begitu sakit sekali. Sakit yang teramat sangat hingga dia tidak dapat stabilkan badannya yang sudah tidak sedia stabil. Akhirnya Rashid rebah ketika dia baru sahaja menjejakkan kaki ke tingkat atas.
Rashid sudah pengsan tidak sedarkan diri. Penukul di tangan Mak Mah itu terus terlepas dari pegangan. Wajah Mak Mah kelihatan begitu pucat sekali. Darah Mak Mah naik mendadak. Dengusan nafas Mak Mah naik dan turun dengan cepat.
Mak Mah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang ni? Adakah perlu menelefon pihak polis atau membawa Rashid ke hospital? Mak Mah benar-benar panik.
Share this Article on :

4 comments:

Hafia Hana said...

biarlah rasyid ni hilang ingatan
biar dia syg giler kt zarina ni nnt
x mo la rasyid ni garang2 sgt ngan zarina

Amira Atiya said...

padan muka kena katuk dah :P

TinTa Biru said...

nasib baiklah ada mak mah.. kalau tak, parah jugak zarina tu kena.. adoilah..

Miqael Arshad said...

itu aku : kalaulah benar... best... berjahit kan...

Amira : kalaulah benar.... kan.. ekekeke...

kak tinta : kalaulah benar.... kan...?? ekekekek ayat same je ni x de ayat lain mike nak gitau.. kena baca bab 10......

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.