Seawal pagi seorang isteri telah bangkit dari lena. Biarpun lenanya tidak seindah sebelum ini namun kehadiran suami di sisi membuatkan dia berasa selamat. Indahnya cinta Zarina yang sangat mengagumi suami. Tiada yang lebih bernilai di hatinya melainkan cinta pada suami dan cinta suaminya pada dirinya. Namun apakah ketakutan Zarina yang selama ini bimbang akan suaminya merahsiakan sesuatu? Apakan daya seorang insan yang lemah seperti Zarina hanya mampu berserah. Takdir cinta yang terluka tiada siapa yang dapat melihatnya kecuali Tuhan yang maha Esa.
Masih adakah cinta di dalam hati Rashid untuk Zarina memandangkan sikap Rashid tidak seperti sebelumnya? Berhadapan dengan emosi Rashid yang tidak menentu sering membuatkan hati Zarina retak seperti cangkir madu kasih yang terhempas.
Hanya wanita ini sendiri yang mengerti dan hanya dia yang merasakannya ketika ini. Sebak di dada masih terlakar. Cinta semalam yang indah seperti hampir lenyap. Itulah seringkali membuatkan jiwa Zarina sering gementar.
Suami tercintanya cuti pada hari ini. Dia mahu sediakan sarapan yang istimewa untuk suaminya. Masakan kegemaran. Sudah pasti dia ingin hidangkan kepada Rashid yang masih belum terjaga.
Dia ketika ini berada di dapur. Awal-awal pagi begini dia tersenyum sahaja. Senyuman pahit sebenarnya. Senyuman yang terlakar bercampur risau. Berkali-kali dia cuba mengalihkan ingatan pada sebuah kejujuran namun keraguan seakan menghambat dirinya. Namun begitu, sebagai seorang isteri dia perlu mentaati suami.
Kuali itu sudah berasap. Minyak sudah panas. Maka bawang yang telah siap dimayangkan terus dimasukkan ke dalam kuali itu. Zarina mahu membuat sambal ikan bilis sebagai pencicah pada cucur udangnya nanti. Pada tengah hari nanti dia akan masak yang sedap-sedap untuk Rashid. Tapi untuk pagi ini biarlah makan yang ringan-ringan sahaja.
Selang beberapa ketika itu dia sudah siapkan hidangan itu. Alhamdulillah hatinya begitu senang ketika ini. Hatinya berbunga untuk seketika Cuma namun biarlah dia berbahagia walaupun hanya sekelumit cinta yang berbaki dalam diri Rashid. Zarina tidak dapat menduga tepat kenapa Rashid bersikap sedemikian malam tadi. Zarina tidak mahu panjangkan cerita. Dia simpan sahaja di dalam hatinya yang semakin lama semakin tertekan.
Nescafe panas disediakan diletakkan di atas meja makan itu. Saat ini dia bersedia melangkah ke dalam bilik untuk bangunkan suaminya. Barangkali suaminya masih tidur. Masih lena kerana keletihan.
Sempat lagi Zarina melihat jam di dinding rumah, sudah pukul lapan pagi. Mak Mah telah diarahkan ke pasar untuk mencari ikan segar. Awal-awal pagi pembantu rumahnya itu telah keluar setelah mendapat arahan itu daripadanya. Hari ini dia mahu masak untuk suaminya. Dia telah memberitahu pada Mak Mah. Dia ingin suaminya merasakan masakan kegemaran.
Zarina berada di hadapan pintu bilik lalu pintu itu dikuak pelahan dan dia terlihat Rashid masih terbungkam lagi. Dia melangkah mendapatkan suaminya yang masih berselimut.
“Abang... bangun bang...” Zarina menggerakkan tubuh Rashid perlahan-lahan.
“Abang...” sekali lagi Zarina bersuara.
Selimut itu ditarik rapat hingga menutup kepala. Rashid tidak mahu diganggu. Zarina yang masih lagi di birai katil itu tidak berputus asa mengejutkan suaminya untuk bangun dan mandi.
“Bangunlah abang, dah siang,”
Dengan pantas Rashid mengalihkan selimut itu lalu dia merenung tajam ke arah Zarina dengan pandangan yang cukup geram. Terkejut Zarina melihat Rashid menjegilkan biji mata.
“Awak jangan ganggu tidur saya boleh tak?” marah Rashid.
“Bangunlah bang, kita sarapan,”
“Awak tak reti bahasa ke? Saya nak tidur!” bentak Rashid lalu menarik rapat selimut itu dan berpaling dari Zarina. Zarina menggeleng perlahan. Jari-jemari diramas sendiri. Zarina masih mampu menahan sabar.
“Abang...”
“Hei! awak ni kenapa? saya kata jangan kacau saya nak tidur!” Rashid dengan deras bangkit dari perbaringan.
Zarina tersentak lagi disergah begitu. Sampai hati Rashid meninggikan suara padanya. Zarina hanya ingin bangunkan suaminya sahaja. Tidak elok sekiranya tidur sampai matahari mula terbit dan bersinar terang itu.
“Kalau awak tak ganggu tidur saya tak boleh ke? Awak ingat saya ni budak kecil ke minta dibangunkan dari tidur? Awak pergilah buat kerja awak tu,” marah Rashid lagi yang kemudiannya berbaring lagi.
Zarina tertunduk di situ. Dia bermain lagi dengan jari-jemari dengan rasa yang amat terkilan sekali. Tidak nampakkah Rashid tentang dirinya yang berhias cantik? Tidak mahukah rashid memuji kecantikkan Zarina di pagi ini? Sebagai seorang isteri mendapat pujian dari suami adalah satu penghargaan yang cukup besar.
Pagi tadi Zarina berdandan cantik sekali. Dia mahu meraikan kepulangan suaminya. Tapi bila dia bangunkan suaminya dari tidur begitu pula jadinya.
Rashid tiba-tiba bangkit lagi. Dia memandang Zarina dalam-dalam. Zarina jadi kaget dengan pandangan itu. Kenapa suaminya itu bersikap aneh? Zarina tidak dapat menjangkakannya.
“Awak pakai lawa-lawa ni nak pergi mana?” terpacul soalan itu dari mulut Rashid.
“Saya tak ke mana-mana bang,” balas Zarina perlahan.
“Kalau tidak ke mana-mana awak berhias ni kenapa? Macam ada kenduri saja?”
“Tak ada bang... semua ni...”
“Semua ni sebab awak buang tabiat? Dalam rumah pun nak cantik-cantik, make up tebal-tebal?” sungguh berbisa pertanyaan itu. Luluh hati Zarina mendengarnya. Salahkah dia kelihatan cantik?
“Siapa yang nak tengok awak tu? Awak kan mengandung, mana sesuai pakai baju kurung macam tu. Pakailah baju perempuan hamil. Kalau dah hamil buat cara hamil,” semakin menjadi-jadi bicara Rashid. Tidak langsung menjaga perasaan Zarina.
Memang Zarina hamil. Hamilkan anak Rashid. Salah ke Zarina pakai baju kurung? Tidakkah nampak ayu? Sungguh tegar Rashid berkata-kata kurang bijak. Kenapa hal ini terjadi? Apa yang telah meracuni fikiran suaminya? Zarina semakin tidak mengerti.
Zarina bangun dan berlalu begitu sahaja. Dia meluru keluar meninggalkan suaminya di situ. Dia membawa rajuk di hati. Dia turun ke bawah lalu duduk di sofa. Tanpa sedar manik-manik halus mula terbit merembes ke pipi. Sebak terasa di dalam dada mencengkam jiwa. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Rashid benar-benar telah banyak berubah kembali ke asalnya.
“Assalamualaikum,” kedengaran orang memberi salam dari luar. Zarina terus bangun dan dia melangkah menuju ke pintu masuk itu. Air matanya diseka sampai habis tanpa meninggalkan sebarang sisa kecuali matanya yang merah tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan rasa terkilan.
“Waalaikumusalam, eh Salwa... awal pagi kau dah datang ke rumah aku ni kenapa ya? Ada apa-apa ke?” Zarina menegur Salwa yang berdiri di hadapan pintu itu.
Wanita berambut ikal mayang itu menguntum senyuman kepada Zarina.
“Kalau ya pun jemputlah aku masuk, takkan nak biarkan aku dekat luar ni,” seloroh Salwa kawan baik Zarina sejak di kolej lagi.
“Oh ya, silakan...” Zarina mempelawa Salwa untuk masuk. Wanita berambut ikal mayang dan berdarah kacukan bangsa Cina itu terus melangkah masuk.
Salwa melabuhkan punggung di sofa setelah dipelawa oleh Zarina. Zarina terasa gembira saat kawan baiknya datang dengan mengejut itu. Zarina tidak langsung menjangkakan Salwa akan datang di awal pagi begini. Sudah lama Salwa tidak menjenguk dirinya. Kawan baik sewaktu di kolej itu tidak pernah berenggang sebelum ini. Namun semenjak Zarina berumah tangga dua tahun lalu maka mereka jarang berjumpa.
“Lama kau tak jenguk aku kan?” soal Zarina.
“Aku sibuklah Ina, banyak kerja aku kena uruskan... kau tahulah ayah aku tu mana suka tengok aku senang, I mean goyang kaki,”
“Ayah kau kan businessmen dan kau anak kesayangannya mestilah dia nak kau belajar something kan? Maybe kau akan mewarisi syarikatnya suatu hari nanti,”
“I women okey, terlalu busy ini amat membosankan,”
“Like you?”
“Come on Ina... kau apa khabar hari ni?”
Zarina melakarkan senyuman buat Salwa yang semakin cantik. Jika dulu Salwa biasa sahaja kini semakin terserlah kejelitan seorang wanita.
Senyuman Zarina adalah kepura-puraan hidupnya. Berpura-pura bahagia biarpun ketika ini hatinya menderita.
“Perut pun dah makin besar...” seloroh Salwa lagi.
Zarina mengetap lembut bibirnya sambil menggosok perutnya sendiri dengan perlahan-lahan. Anak kesayangan yang bakal dilahirkan nanti. Dijangka akan dilahir sebulan lebih lagi. Itulah saat-saat yang dinantikan. Zarina bakal menjadi seorang ibu dan Rashid akan menjadi ayah.
“Inilah bukti cinta kami, Sal...” lirih nada Zarina.
Salwa senyum.
“I know... bukti cinta kau pada Rashid... tak lama lagi kau akan jadi ibu... ibu mithali,” Salwa melepaskan tawa kecil sengajal bergurau dengan Zarina.
“Rashid ayahnya...” balas Zarina.
Salwa terdiam. Kehadiran Salwa ke rumah Zarina bersebab. Salwa tidak akan datang tanpa sebab seharusnya. Maka dia ingin berbicara sesuatu pada Zarina.
“Suami kau ada dekat rumah? Mesti ada kan? Keretanya ada di luar tu,” soal Salwa dan Zarina mengangguk perlahan.
“Kau tunggu sekejap, aku nak buatkan air untuk kau,”
“Eh tak payah susah-susah. Aku datang ini pun sekejap sahaja. Aku ada hal lain lagi ni. Sahaja aku ambil kesempatan singgah rumah kau ni dan nak tengok kau sama ada sihat atau pun tak,”
“Sometimes kita perlukan seseorang kan?” ujar Zarina.
“Yes, boleh aku tahu perasaan kau sekarang ni?”
“Aku bahagialah Sal, tapi kenapa kau tanya aku soalan macam tu?” soal Zarina pula berkerut dahi.
Salwa diam.
“Kau ada perkara nak beritahu aku ke?”
Salwa masih diam.
“Erm macam inilah, aku pergi dulu nanti ada masa aku nak bercakap dengan. I think sekarang ni tak sesuai,”
“Baiklah, kalau kau nak berahsia dengan aku, apa aku boleh buat”
“Aku bukan nak berahsia dengan kau Ina... maybe lain kali. Okeylah aku pergi dulu ya, kau jaga diri baik-baik. Jaga kasihatan dan anak dalam kandungan tu... aku nak tengok wajah comel anak kau bila lahir nanti,” Salwa terus bangun sambil menyangkut tas tangannya di bahu.
Zarina juga ikut bangun dan mengiringi langkah Salwa sampai ke muka pintu. Zarina membalas senyuman Salwa kawan baiknya itu. Salwa meminta diri untuk beredar maka Zarina terpaksa membiarkan Salwa pergi tanpa memberikan jawapan padanya terlebih dahulu akan tujuaan kedatangannya ke rumah Zarina pada pagi ini.
Zarina dihujani pertanyaan namun setelah kelibat Salwa hilang dari pandangan maka fikirannya terarah pada sikap suaminya pula. Ia hadir tanpa diundang. Itulah yang sering menyeksakan hati Zarina ketika ini. Pagi yang menghampakan.
1 comments:
sabarlah zarina oiii
Post a Comment