Sinopsis Secangkir Madu Merah.
Zarina @ Ina... perempuan dan isteri yang mulia hatinya telah disalahanggap oleh suami sendiri. Malah dirinya dituduh dengan melulu tanpa ada bukti yang kukuh. Dirinya dihalau oleh suami tercinta.
Sebagai seorang isteri, kepulangan suami ketika pulang dari kerja adalah amat dinanti-nantikan. Zarina ingin makan bersama suami dan lenanya pula mahu suami ada di sisi. Zarina akan berasa selamat tatkala zuaminya bernama Rashid ada bersama. Seorang isteri bernama Zarina begitu dahagakan kasih sayang suami yang selalu sibuk bekerja. Adakalanya suaminya itu selalu 'outstation' malah beberapa minggu tidak pulang.
Zarina terpaksa menanggung rindu itu. Rindu yang teramat dalam. Namun Zarina terseksa dalam diam. Zarina dihambat keraguan. Zarina dibuli rasa curiga kerana takutkan Rashid menyimpan perempuan lain. Tatkala disoal lain pula jawapan suaminya. Selang beberapa hari selepas itu barulah Zarina dihalau tanpa sebab yang kukuh untuk membuktikan Zarina benar-benar berdosa pada suaminya.
Paling mendukannya hati Zarina ketika itu adalah dia sedang sarat mengandung. Kandungannya menanti ketika sahaja. Namun tiada belas kasihan di hati Rashid melihat wajah isteri sendiri yang merayu-rayu itu. Bagaimanakah nasib seorang perempuan bergelar isteri seperti Zarina selepas ini? Adakah Rashid akan menyesali perbuatannya itu? Secangkir Madu Merah ada jawapannya.
0 comments:
Post a Comment