Advertise

Secangkir Madu Merah (Bab 8)

Thursday, March 31, 2011

Kalau hati kata sayang semuanya rasa indah bagaimana kalau hati sudah benci? Yang elok nampak tidak elok, yang cantik nampak tidak cantik. Soal hati begitulah semuanya boleh berubah dalam sekelip mata sahaja dab sukar untuk dimengertikan oleh orang lain. Perasaan bimbang dan takut semuanya menjadi satu. Rashid memang tidak pernah pun berasa takut, malah tidak pula rasa bersalah. Perasaan itu dilempar jauh-jauh ke tengah lautan. Jauh di sudut hatinya berasa kesal dengan perkahwinan ini.
Sungguh berhati batu lelaki seperti Rashid yang berwajah tampan lengkap segala pakej. Ditambah lagi dia adalah anak orang ternama yang tidak asing lagi dalam dunia korporat. Dato` Sri Ryzal seorang jutawan, hartawan dan segalanya dimiliki. Syarikat pemaju terunggul di kota ini. Tidak susah untuk Rashid mewarisi semua itu memandangkan dialah anak tunggal. Dia jugalah yang pertama dan yang terakhir. Dato` Sri Ryzal begitu manjakan Rashid dan menyayangi Rashid. Dari dulu sampai sekarang Rashid anak yang manja dan dibelai penuh dengan kasih sayang oleh isteri Dato` Sri Ryzal juga.
Sudah tiada arah hendak dituju maka balik ke rumah ayahnya tanpa isteri menemani di sisi. Keadaan itu sudah pasti akan menghairankan Dato` Sri Ryzal yang ketika ini sedang duduk membelek akhbar. Sudah ke beberapa kali dibeleknya.
“Papa tak kerja ke hari ni?” Rashid bertanya pada ayahnya yang dari tadi berkerut dahi melihatnya pulang ke rumah tanpa isteri bersama.
“Kalau dah nampak papa ada dekat rumah ni kira memang tak berkerjalah jawabnya. Papa kurang sihat dan mama kamu tidak mahu papa pergi kerja hari ni,” balas Dato` Sri Ryzal yang mengalami batuk-batuk kerana cuaca tidak menentu.
“Papa dah makan ubat?”
“Dah,” balas Dato` Sri Ryzal sambil melipat dua akhbar itu.
Hari menjelang petang itu Rashid tanpa segan datang melawat ayahnya. Tanpa rasa bersalah Rashid bertandang ke situ tanpa Zarina.
“Mana Zarina?” Dato` Sri Ryzal bertanya. “Tidak pernah-pernah papa tengok setiap kali kamu datang ke sini tanpa isteri kamu tapi hari ni kamu sendiri, ada masalah ke?” sambung Dato` Sri Ryzal menduga pasti.
Rashid terdiam di sofa merah.
Dato` Sri Ryzal masih berkerut dahi.
“Rashid,”
“Ya,”
“Papa tanya, kamu ada masalah ke?”
Rashid diam.
“Mesti kan?” Dato` Sri Ryzal menduga.
Rashid pula menggeleng.
“Habis tu?”
Rashid menarik nafas dalam-dalam. Dia memandang wajah ayahnya yang bermisai lebat itu. Dia kemudian bangun dan duduk di sebelah ayahnya. Dia ingin berbicarakan tentang sesuatu kepada ayahnya.
“Papa, saya dengan Zarina tak ada masalah tapi saya ada masalah dengan diri saya sendiri,” kata Rashid.
Dato` Sri Ryzal langsung tidak memahaminya. Kadangkala bicara Rashid ini berbelit-belit. Apalah salahnya jika dia berterus terang sahaja agar segalany aboleh dibincangkan dengan mudah.
“Mana Zarina? Dia kan hamilkan cucu papa. Kamu tak jaga dia ke? Rashid kena ingat dia tu perempuan mana boleh tinggal-tinggalkan macam tu sahaja. Cucu papa tu macam mana? Papa tak nak terjadi apa-apa pada cucu papa yang ada dalam kandungan dia tu,” Dato` Sri Ryzal bangun dan berdiri di hadapan Rashid.
Rashid melihat ayahnya itu seakan marah dengan sikap Rashid. Rashid belum habis cakap lagi ayahnya sudah fikirkan yang bukan-bukan. Rashid ingin meluahkan sahaja tapi memandangkan orang hanya selalu salahkan dirinya sahaja maka dia tawar hati untuk memberitahu ayahnya.
“Papa...”
Dato` Sri Ryzal buat tidak dengar. Beberapa kali Dato` Sri Ryzal terbatuk. Rashid terus bangun mendapatkan ayahnya.
“Papa tak apa-apa ke?”
“Kamu jangan risaukan papa, lebih baik kamu risaukan Zarina,”
“Dia ada mengadu apa-apa ke pada papa?”
Nothing, you must care about her,” Dato Sri Ryzal melangkah menghadap ke tingkap pula. Rashid memerhati langkah ayahnya itu.
“Abang... Rashid, jemput minum,” Datin Delaila muncul di situ membawa minuman buat mereka. Pembantu rumahnya demam. Maka dibenarkan berehat sahaja.
Dato` Sri Ryzal menoleh lalu dia kembali duduk di sofa. Rashid juga begitu, dia menghempas punggungnya di tempat duduk seawal tadi. Datin Delaila juga melabuhkan punggung di sisi Dato` Sri Ryzal.
Mereka saling berpandangan. Di hati Dato` Sri Ryzal sudah pasti menganggap ada yang tidak kena. Rashid merahsiakan sesuatu. Mereka perlu tahu kerana Rashid adalah anak tunggal mereka berdua.
“Sebenarnya apa masalah kamu dengan Zarina?” soal Dato` Sri Ryzal.
“Eh? Rashid dengan Zarina ada masalah ke bang?”
“Awak diamlah, abang kan sedang bercakap dengan anak kita ni,”
“Tanya pun tak boleh,” rajuk Datin Delaila dan terus mengangkat punggung beredar dari ruang tamu lalu membawa rajuk sampai ke bilik. Termakan hati agaknya dengan sikap Dato` Sri Ryzal. Sikap Dato` Sri Ryzal hampir serupa dengan Rashid. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
“Papa ni... dengan mama pun nak marah,”
“Kamu pun sama! Mesti kamu selalu marahkan Zarina kan? Cukuplah tu, papa tahu kamu dengan Zarina ada masalah sekarang ni. Soal papa dengan mama kamu ni janganlah kau ambil kisah sekejap lagi eloklah tu. Mama kamu memang sayang dekat papa ni, mana pernah nak marah pun,” balas Dato` Sri Ryzal.
Rashid mencapai gelas minuman. Ais oren disisipnya. Lantas gelas itu diletakkan semula di atas meja sambil diperhatikan oleh ayahnya.
“Papa... minumlah,” pelawa Rashid pula pada ayahnya.
Dato` Sri Ryzal mengerling Rashid.
“Inilah mama kamu. Sudah tahu papa ni selalu batuk-batuk dia buatkan minuman berais juga. Nanti makin bertambah batuk papa ni. Tapi mama kamu buat air memang sedap, rugi kalau papa tak minum,” Dato` Sri Ryzal tetap menyisip sedikit ais oren itu lalu diletakkan semula di atas meja. Beberapa saat selepas itu dia terus terbatuk lagi.
Rashid terus bangun melangkah ke arah ayahnya.
“Batuk-batuk pun tetap nak minum juga,” kata Rashid lalu mengosok dada ayahnya itu.
“Dah... papa okey, batuk sedikit sahaja. Sekarang ni papa nak kamu cerita apa masalah kamu dengan Zarina?”
Tatkala hal itu masih disebut-sebut, Rashid terdiam. Dia terduduk di sisi ayahnya lalu menoleh jam di tangan. Sudah pukul lima petang.
“Papa... sudah lewat ni, saya nak balik dululah kerana saya risaukan Zarina ni,” ujar Rashid memeberi alasan.
Aih... risau pula? Habis kalau kamu risau takkan kamu sanggup outstation berminggu-minggu?” sindir Dato` Sri Ryzal.
Rashid melepaskan keluhan halus.
“Papa fikir masa saya kerja dekat luar tu saya lupakan isteri saya ya?” soal Rashid pula pada papanya yang seakan dapat menghidu sesuatu. Orang lelaki sudah pasti mengerti.
“Papa tak cakap macam tu,”
“Tapi maksud papa macam tu kan?”
Come on my son, lihat diri kamu sekarang?”
“Ada yang tidak kena ke?”
“Seperti yang papa tanya tadi, di mana Zarina? Dia ada di rumah ke? Kenapa kamu datang sendiri ke sini? Adakah hubungan kamu nampak baik sekarang ni? Papa tak rasa ia elok,” Dato` Sri Ryzal mengajukan banyak soalan kepada Rashid.
Terdiam Rashid seketika.
Dato` Sri Ryzal merenung tajam ke arah Rashid.
Rashid memuncung mulutnya pula kemudian menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Barangkali tertekan dengan pertanyaan itu. Dia ke situ hanya untuk melihat keadaan orang tuanya sahaja tapi lain pula jadinya. Bingung pula Rashid untuk berterus terang.
“Papa... tadi saya dah ajak dia tapi dia kata dia ada kerja nak buat dekat rumah,” Rashid mereka alasan yang tidak munasabah. Dato` Sri Ryzal kenal sikap Zarina. Dia akan patuh pada suaminya melainkan Rashid sendiri yang tidak  mengajaknya ikut sekali.
“Okey, baiklah... kita ubah topik, macam mana dengan kerja kamu?”
Setelah melihat wajah Rashid berubah merah barulah Dato` Sri Ryzal menukar topik lain. Sudah pasti Rashid menahan rasa marah agaknya memandangkan ayahnya mendesak. Dato` Sri Ryzal juga faham benar dengan sikap Rashid.
“Kerja saya baik sahaja. Saya minta cuti lama ni,”
“Memang patut kamu meminta cuti lama. Seorang suami perlu temankan isterinya. Kena jaga keselamatannya,” ucapan Dato` Sri Ryzal tetap ke arah rumahtangga Rashid.
“Papa kata nak ubah topik?!”
“Okey, maafkan papa,”
“Tak apalah papa, saya minta diri dulu,” pinta Rashid.
“Awalnya? Oh! Lupa nak temankan Zarina kan?” sindir Dato` Sri Ryzal.
Mendengar ucapan itu Rashid agak tersentak. Barangkali ayahnya sudah dapat membaca apa yang ada di dalam fikirannya ketika ini. Sungguhpun begitu dia tetap menyimpannya kerana ayahnya seakan menyalahkan dirinya. Kalau dia berterus terang maka ayahnya pasti akan menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati. Begitu juga dengan ibunya. Mereka juga sayangkan menantu mereka itu.
Share this Article on :

4 comments:

hana_aniz said...

x faham. apa masalah rashid ni?

Amira Atiya said...

parah rashid ni

TinTa Biru said...

rashid.. rashid.. kaki temberang betul..

Miqael Arshad said...

hana_aniz : teruskan.. nanti sikit2 tau.. rashid mental kut.. ahaks.. baru kuar tampoi agaknya...

Amira : kan...

Kak tinta : manusia yg lupa diri camtu, ada je idea nak kencing org... isteri sendiri lak tu.. ish..

Post a Comment

 

© Copyright ekarya2u 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.